Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pergas kecewa dengan tindakan AS berhubung Baitulmakdis

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) amat kecewa dan prihatin terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) amat kecewa dan prihatin terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel baru-baru ini.

Ia berharap Amerika akan menimbangkan semula perisytiharan tersebut kerana ia boleh mengundang tindak balas yang mungkin menjejas keamanan dunia.

Demikian menurut persatuan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 8 Disember. Ia juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai "satu langkah ke belakang dalam usaha memelihara dan menjaga kestabilan dunia."

Dalam pada itu, Pergas juga menegaskan bahawa dengan berbuat demikian, Amerika seolah-olah menyokong tindakan Israel sekaligus melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

"Kenyataan ini (pengiktirafan Baitulmakdis) juga secara simboliknya seolah menyokong segala tindakan dan dasar negara Israel selama ini yang berterusan menzalimi hak warga Palestin di tanah air mereka sendiri, selain mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa agar Israel menghentikan dengan segera segala aktiviti pembinaan penempatan haram mereka di kawasan tanah milik Palestin," menurut Pergas.

Pergas turut menyokong Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) yang pada 7 Disember mengesahkan lagi "sokongannya yang sejak sekian lama dan konsisten" terhadap huraian dua negara, dengan "penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, yang wujud bersebelahan negara Israel dengan aman dan selamat".

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan