Perdana Menteri Vietnam adakan lawatan rasmi ke S'pura esok
Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 25 April hingga 27 April, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
SINGAPURA: Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 25 April hingga 27 April, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Kementerian Ehwal Luar juga menyatakan hari ini (24 Apr) bahawa lawatan Encik Phuc dilakukan sempena meraikan 45 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dengan Vietnam tahun ini.
Encik Phuc akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee yang akan mengadakan jamuan malam untuk menyambut kedatangannya.
Pemimpin Vietnam itu akan menghadiri Dialog Perniagaan Vietnam-Singapura yang diadakan secara bersama dengan Enterprise Singapore, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Persekutuan Pengilangan Singapura.
Encik Phuc juga akan berkunjung ke Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) Singapura dan PSA Singapore.
Selain itu, Encik Phuc akan melawat Kebun Bunga Singapura dan menghadiri satu majlis penamaan orkid.
Perdana Menteri Phuc akan didampingi isterinya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Pham Binh Ming serta menteri-menteri dan pegawai lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.