Images
  • pm lee buka puasa
    PM Lee semasa berbuka puasa secara online dengan pemimpin masyarakat Melayu/Islam setempat pada 16 Mei 2020 (Gambar: MCI)

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam S'pura

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di Singapura.

PM Lee juga akan memberi ucapan khas Hari Raya yang akan disiarkan secara langsung di televisyen malam ini menerusi rancangan Sinar Lebaran di Suria dan rancangan khas Hari Raya di Saluran 5.

Encik Lee, menyertai Presiden Halimah Yacob, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan pemegang jawatan politik lainnya dalam menyampaikan ucapan khas dalam bahasa Melayu semasa rancangan Sinar Lebaran.

Mediacorp juga menerbitkan rancangan Khas Hari Raya selama setengah jam di Saluran 5 bagi menyemarakkan lagi semangat Syawal dan menyatukan semua rakyat Singapura untuk meraikan bersama perayaan ini berlatar pandemik COVID-19.

Rancangan khas itu juga akan mengandungi ucapan khas Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

Sinar Lebaran disiarkan pada 8.15 malam di Suria, manakala rancangan Khas Hari Raya di Saluran 5 bermula pada 9.30 malam.

Kedua-dua rancangan disiarkan serentak secara langsung menerusi wadah meWATCH. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERITAmediacorp/SU/tq

Top