Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perdagangan ASEAN-China naik 20% dalam 6 bulan pertama 2020

Jumlah perdagangan antara ASEAN dengan China meningkat 20 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini menerusi Koridor Baru Perdagangan Antarabangsa Menerusi Jalan Darat dan Laut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2020 08:36PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 09:45PM

SINGAPURA: Jumlah perdagangan antara ASEAN dengan China meningkat 20 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini menerusi Koridor Baru Perdagangan Antarabangsa Menerusi Jalan Darat dan Laut.

Laluan pengangkutan itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Ketersambungan Chongqing - satu kerjasama antara China dengan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menyebutnya sebagai satu contoh cara Singapura memperkukuhkan ketersambungan di peringkat serantau dan global untuk bangkit lebih kukuh daripada pandemik COVID-19.

Berucap kepada para pemimpin perniagaan dan pakar di Forum Global Future China, Encik Heng berkata negara-negara mesti kekal terbuka dan terhubung kepada seluruh dunia agar dapat meraih manfaat daripada globalisasi.

Para peniaga juga perlu menjalin perkongsian agar dapat merebut peluang-peluang baru dalam masa-masa mencabar sekarang.

Encik Heng berkata itulah cara-cara untuk Asia kekal rancak dan mewujudkan peluang untuk penduduknya.

"COVID-19 menambah kebimbangan dan kegelisahan terhadap globalisasi. Namun, Singapura perlu kekal terbuka dan terhubung dengan Asia dan dunia dan yakin terhadap kebolehan kita untuk membuat penyesuaian, mengubah pendekatan kita dan menjalin perkongsian baru antara satu sama lain. Hanya dengan itu kita boleh menyumbang dan meraih manfaat daripada pertumbuhan Asia," menurut Encik Heng. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan