Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Percubaan ujian pantas antigen COVID-19 diluaskan ke acara besar tertentu

Ujian pantas COVID-19 diluaskan ke beberapa acara berskala besar terpilih, termasuk Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) yang bermula pada Isnin (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2020 08:08PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 12:34AM

SINGAPURA: Ujian pantas COVID-19 diluaskan ke beberapa acara berskala besar terpilih, termasuk Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) yang bermula pada Isnin (26 Okt).

Tidak lama lagi, pesanan teks yang mengesahkan seseorang negatif COVID-19, mungkin diperlukan sebelum seseorang itu menerima lencana acara yang akan digunakan untuk mendaftar masuk ke zon-zon acara.

Ia merupakan hasil Ujian Pantas Antigen (ART) yang sedang diuji di SIEW hari ini.

Ujian dijalankan di tapak bagi kira-kira 150 peserta sebelum persidangan dibuka.

Hasilnya diketahui dalam masa setengah jam tetapi ia hanya sah dalam tempoh 24 jam.

Sebahagian besar peserta acara itu menjalankan ujian tersebut buat pertama kalinya.

Jika ada yang diuji positif, mereka akan dibawa ke kawasan pengasingan di mana ujian PCR akan dijalankan.

Sebuah ambulans juga bersiap sedia membawa pesakit tersebut ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Pihak berkuasa akan mengumpulkan maklum balas untuk mengemas kini prosesnya bagi kegunaan lebih meluas.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan