Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Percubaan enam bulan santapan berkonsep 'donat terapung' di Marina Bay

Satu percubaan selama enam bulan oleh Panel Pro-Perusahaan (PEP) yang diumumkan pada Jumaat (23 Nov) membenarkan The Floating Donut Company mengendalikan operasi tiga buah botnya bagi konsep santapan terapung di perairan Marina Bay.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2018 08:09PM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 11:20PM

SINGAPURA: Orang ramai tidak lama lagi boleh menjamu selera sambil terapung-apung di perairan Marina Bay.

Satu percubaan selama enam bulan oleh Panel Pro-Perusahaan (PEP) yang diumumkan pada Jumaat (23 Nov) membenarkan The Floating Donut Company mengendalikan operasi tiga buah botnya bagi konsep santapan itu.

Firma itu yang juga beroperasi di Phuket menyatakan bahawa pihaknya adalah yang pertama menawarkan pengalaman santapan secara privet sebegitu di Singapura.

Para pelanggan akan dapat menikmati pengalaman makan di atas bot berbentuk donat di kawasan perairan Marina Bay.

Rancangan itu pada mulanya tergendala selama tiga tahun. Beberapa agensi kawal selia dari mula lagi menyatakan ia mustahil dilaksanakan. Ada juga yang
khuatir tentang aspek keselamatan serta pencemaran air.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat berkata, keprihatinan badan kawal selia biasanya wajar, maka cabarannya adalah untuk menangani keprihatinan itu sedang idea-idea inovatif diberi ruang untuk berkembang.

Beliau menambah Singapura mampu melakukan kedua-duanya dengan baik kerana saiznya yang kecil dan penyelarasan yang baik antara agensi-agensi pemerintah.

The Floating Donut Company melancarkan operasi mulai 30 November. 

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan