Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Percubaan bayaran untuk beg plastik NTUC tamat

Para pelanggan di tujuh cawangan pasar raya FairPrice dan Cheers tidak lagi akan diminta membayar untuk menggunakan beg plastik.

Anggaran Waktu Membaca:
Percubaan bayaran untuk beg plastik NTUC tamat

Cawangan pasar raya NTUC FairPrice. (Gambar fail: FairPrice)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 07:46PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 07:49PM

SINGAPURA: Para pelanggan di tujuh cawangan pasar raya FairPrice dan Cheers tidak lagi akan diminta membayar untuk menggunakan beg plastik.

Satu percubaan selama sebulan oleh NTUC FairPrice tamat pada Rabu (16 Okt).

Seorang jurucakap FairPrice berkata masih "terlalu awal untuk memberi data bermakna" tentang hasil percubaan dan kajian sentimen pengguna itu.

Selama sebulan dari 16 September, para pelanggan perlu membayar 20 sen bagi setiap urus niaga di tujuh cawangan FairPrice, FairPrice Finest dan Fairprice Extra yang mengambil bahagian jika mereka mahu menggunakan beg plastik dan 10 sen bagi setiap urus niaga di cawangan Cheers dan FairPrice Xpress.

Semua wang yang dikumpul disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura dan Dana Wang Saku Sekolah Straits Times.

Fairprice menambah lebih banyak maklumat akan disediakan bulan depan. Menurut jurucakap FairPrice: "Kami akan mengkaji dan menganalisis hasil tinjauan bersama dengan maklum balas pelanggan untuk menghasilkan pelan tindakan yang mampan dan padat maklumat untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Pengurus Zero Waste SG, Pek Hai Lin memberitahu CNA bahawa para relawan yang berada di cawangan-cawangan yang mengambil bahagian untuk memaklumkan orang ramai tentang insiatif tersebut mendapati bahawa sekitar 50 peratus pelanggan akhirnya membawa beg mereka sendiri semas tempoh percubaan itu.

Zero Waste SG bekerjasama dengan NTUC dalam percubaan itu.

"Meskipun terdapat beberapa komen yang menggambarkan sesetengah pelanggan tidak suka dikenakan bayaran, kebanyakan komen dan jawapan yang diterima menunjukkan ramai terbuka kepada inisiatif itu,"

"Berdasarkan pemerhatian awal, ini menunjukkan bahawa bayaran itu menghasilkan perubahan tingkah laku yang berkesan dalam mengurangkan permintaan bagi beg-beg plastik," kata Cik Pek.

Reaksi daripada para pelanggan bercampur-campur apabila percubaan itu dilancarkan pada September. Ada sesetengah pelanggan yang percaya bahawa kos itu terlalu rendah untuk menghasilkan kesan bermakna terhadap tingkah laku pembeli manakala ada yang mempersoalkan langkah mengeakan bayaran berdasarkan urus niaga.

Cik Pek berharap NTUC FairPrice akan mempertingkatkan inisiatif tersebut dan pasar raya lain juga akan mengambil pendekatan yang serupa.

"Juga jika mereka mengenakan bayaran bagi setiap beg plastik dan bukan setiap urus niaga, ini pastinya akan mempunyai kesan lebih besar terhadap perubahan dalam permintaan bagi beg plastik," tambah Cik Pek.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan