Images
  • Tuas View Fire Station
    (Gambar: Nevin Javob Thomas)

Perbicaraan 'ragging' SCDF: Saya akan hentikan 'kegiatan berbahaya', kata bekas komander

SINGAPURA: Bekas komander Balai Bomba Tuas View berkata beliau akan menghalang Korporal (CPL) Kok Yuen Chin daripada dibawa ke perigi pam sedalam 12 meter itu jika beliau ada pada hari kejadian itu.

Ia adalah "satu kegiatan 'ragging' dan kegiatan berbahaya" yang patut diharamkan, tambah Mejar (MAJ) Huang Weikang semasa memberi keterangan di mahkamah pada Khamis (13 Jun).

Leftenan (LTA) Chong Chee Boon Kenneth, 38 tahun dan Pegawai Waran Kanan Pertama Nazhan Mohamed Nazi, 41 tahun, sedang dibicarakan atas pertuduhan tidak menghalang orang bawahan mereka daripada membuat CPL Kok memasuki kolam.

CPL Kok yang tidak tahu berenang, dilaporkan ditolak ke dalam perigi itu dan lemas.

Mendiang, 22 tahun, hampir selesai menjalani Perkhidmatan Negara bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

MAJ Huang adalah ketua mereka pada ketika itu, sebelum beliau menyandang peranan sebagai penyiasat kebakaran kanan pada Disember tahun lalu.

Apabila insiden itu berlaku pada sekitar jam 9.00 malam pada 13 Mei tahun lalu, MAJ Huang tidak berada di balai bomba kerana waktu bekerjanya berakhir pada jam 4.30 petang.

Chong merupakan komander kumpulan CPL Kok, Rota 3, di Balai Bomba Tuas View, manakala SWO1 Nazhan adalah Timbalan Komander.

Pada Rabu, Chong mengaku dalam satu kenyataan polis bahawa dia tahu bahawa orang bawahan "akan menyuruh (CPL Kok) masuk ke dalam perigi", apabila dia melihat mereka berkumpul di sana.

CCTV, TELEFON BIMBIT DITUNJUKKAN DI MAHKAMAH

Pada Khamis, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kumaresan Gohulabalan menjelaskan kepada MAJ Huang perkara-perkara yang berlaku pada hari itu, serta apa yang akan dilakukan sekiranya beliau di tempat Chong atau Nazhan.

Rakaman-rakaman dari kamera CCTV dan telefon bimbit ditunjukkan di mahkamah.

MAJ Huang memberitahu mahkamah bahawa sekiranya beliau salah satu daripada komander kumpulan itu, beliau akan memasukkan kedua-dua mereka bersama dan mencari cara untuk memasukkan CPL Kok ke dalam perigi.

Setelah insiden itu, MAJ Huang menerima panggilan daripada Chong apabila beliau berada di rumah dan kembali ke balai bomba setelah itu.

"Saya akan menghentikannya kerana, pada pendapat saya, perbuatan 'ragging' dan perbuatan berbahaya," menurutnya. "Sebagai komander Rota, kata-kata anda adalah arahan. Anda boleh beritahu mereka."

Perbicaraan akan disambung.

- TODAY/NA/na

Top