Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan kes saman fitnah TOC: PM Lee jelaskan orang lain tidak boleh guna kenyataan adik-beradik beliau untuk cemar nama baiknya

 Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata meskipun beliau tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik-beradiknya, ia tidak bermakna orang lain boleh menggunakan kenyataan mereka untuk mencemar nama baiknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2020 08:23PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 10:12PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata meskipun beliau tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik-beradiknya, ia tidak bermakna orang lain boleh menggunakan kenyataan mereka untuk mencemar nama baiknya.

PM Lee memberi keterangan sebagai saksi pada hari pertama perbicaraan sepanjang minggu ini, dalam kes saman fitnahnya terhadap Terry Xu, Ketua Editor laman sosio-politik The Online Citizen.

Kes itu berkisar kepada satu rencana yang dimuat naik ke laman dan Facebook The Online Citizen pada tahun lalu.

Rencana itu mengulangi dakwaan yang dibuat oleh adik-beradik PM Lee berhubung pertikaian keluarga mereka mengenai rumah di 38 Oxley Road.

Rumah tersebut pernah didiami mendiang PM Lee Kuan Yew.

PM Lee menjelaskan meskipun beliau tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik-beradiknya - walaupun terdapat dakwaan-dakwaan serius seperti bagaimana beliau telah memperdayakan bapanya berhubung isu rumah tersebut, ia tidak bermakna orang lain boleh menggunakan kenyataan mereka untuk mencemar nama baiknya.

Peguam PM Lee berhujah bahawa Encik Xu tidak memeriksa kebenaran rencana yang diterbitkan di laman The Online Citizen.

Encik Xu didakwa meminta agar rencana itu ditulis untuk merangkumi beberapa dakwaan yang dibuat oleh adik-beradik Encik Lee dan menerbitkannya beberapa minit kemudian selepas menerima draf rencana itu.

Namun, penguambela Encik Xu, Lim Tean yang juga Anggota Parlimen pembangkang berkata pihaknya sedang cuba membuktikan meskipun berlaku pertikaian awam, Encik Lee tidak mahu rumah di Oxley Road itu dirobohkan.

Encik Lee bagaimanapun menyangkalnya sambil berkata beliau tidak sependapat dengan adik-beradiknya tentang langkah merobohkan rumah tersebut.

Ini meskipun Encik Lee tidak pasti sama ada ia akan berlaku, memandangkan pemerintah boleh memelihara rumah itu.

PM Lee akan kembali ke mahkamah esok (1 Dis). 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan