Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan AHTC: Sylvia Lim dituduh kelirukan orang ramai

Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, dituduh mengelirukan orang ramai dalam kes saman sivil yang dikemukakan oleh dua majlis bandaran terhadap beliau dan dua orang lagi anggota parti itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2018 10:45PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 10:49PM

SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, dituduh mengelirukan orang ramai dalam kes saman sivil yang dikemukakan oleh dua majlis bandaran terhadap beliau dan dua orang lagi anggota parti itu.

Peguam Kanan Davinder Singh berkata Cik Lim memberikan gambaran palsu apabila beliau berkata Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) perlu mempertingkat sistem komputernya dengan segera selepas pilihan raya umum 2011 kerana sistem yang ada sudah pasti akan ditamatkan.

Cik Lim tidak bersetuju dengan dakwaan Encik Singh itu dan berkata persiapan awal perlu dilakukan sebelum sistem tersebut ditamatkan. Cik Lim merupakan defenden kedua yang disoal balas di mahkamah dalam kes itu.

Sesi mahkamah hari ini bermula dengan bekas ketua WP Low Thia Khiang meminta kebenaran hakim untuk memberi penjelasan tentang jawapan-jawapan beliau semasa disoal balas sebelumnya.

Beliau membuat permintaan itu setelah Encik Singh menghentikan soal balasnya terhadap Encik Low.

Ia mencetuskan pertikaman lidah antara Encik Singh dengan peguam bela, Chelva Rajah.

Bagaimanapun hakim kemudian membenarkan Encik Low memberikan penjelasan ringkas untuk mendapatkan gambaran yang lengkap. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan