Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan AHTC: Low Thia Khiang akui tidak teliti buat semakan

Mantan Ketua Parti Pekerja, Low Thia Khiang disoal hari ini (16 Okt) dalam lanjutan perbicaraan kes Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) di Mahkamah Tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2018 08:21PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 01:03AM

SINGAPURA: Mantan Ketua Parti Pekerja, Low Thia Khiang disoal hari ini (16 Okt) dalam lanjutan perbicaraan kes Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) di Mahkamah Tinggi.

Encik Low mengaku beliau tidak menyemak kontrak ejen pengurusan Majlis-Majlis Bandaran Aljunied-Hougang dan Pasir Ris-Punggol pada masa itu atau kos mengambil ejen pengurusan baru.

Encik Low merupakan satu daripada tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja yang menghadapi saman sivil jutaan dolar di Mahkamah Tinggi yang dikemukakan dua majlis bandaran tersebut.

Turut disaman adalah dua anggota majlis bandaran berkenaan dan ejen pengurusannya, FMSS.

Peguam pihak plaintif, Davinder Singh menuduh Encik Low bertindak melulu dan tidak berhati-hati. Encik Singh merujuk kepada kegagalan Encik Low melakukan pemeriksaan yang sewajarnya seperti sama ada ejen pengurusan ketika itu, CPG Facilities Management mempunyai tanggungjawab kontrak dengan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang untuk melanjutkan kontraknya.

Encik Low juga, katanya, tidak meneliti dahulu struktur kos CPG sebelum bersetuju membayar FMSS pada kadar yang sama.

Encik Low mengaku di mahkamah bahawa beliau tidak melakukan pemeriksaan yang diperlukan namun menegaskan ia bukan tindakan yang melulu kerana mereka perlu segera melantik seseorang untuk mengurus akaun-akaun majlis bandaran tersebut pada ketika itu.

Encik Davinder Singh kemudian berkata bahawa dua pihak lain sudah berjumpa Encik Low untuk menawarkan khidmat sebagai ejen pengurusan tetapi ditolak.

Encik Low akan terus disoal esok (17 Okt).  

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan