Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan AHTC berakhir selepas berlangsung 17 hari

Kedua-dua pihak plaintif dan defendan perlu menyerahkan penghujahan penutup bertulis mereka pertengahan Januari hadapan. Penghujahan penutup lisan dijadualkan pada Mac. Hakim Kannan Ramesh kemudian akan memutuskan jika pihak defendan didapati bertanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2018 11:10PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 11:13PM

SINGAPURA: Pemilik FM Solutions & Services merakam panggilannya bersama kakitangan sebuah syarikat audit tanpa pengetahuan dan menyerahkannya sebagai bahan bukti mahkamah.

Perkara ini didedahkan pada Selasa (30 Okt) semasa defendan Cik How Weng Fan disoal peguam plaintif pada hari terakhir perbicaraan yang berlangsung hampir sebulan.

Cik How adalah defendan terakhir yang disoal dalam kes yang difailkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Pasir Ris-Punggol.

Transkrip perbualan itu dibacakan di mahkamah semalam, mendedahkan kekecewaan Cik How dengan pengurus AHTC pada masa itu, Cik Sylvia Lim.

Cik How juga berkongsi bersama pihak eksekutif KPMG bahawa beliau berharap mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang akan menggantikan Cik Lim sebagai pengerusi AHTC.

Cik How menjelaskan di mahkamah hari ini bahawa sistem telefon pejabat merakam secara automatik perbualan berkenaan.

Cik How menjelaskan bahawa FMSS mengirim surat untuk mengesahkan pelantikan sebagai ejen pengurusan AHTC pada 22 Jun 2011.

Bagaimanapun, menurutnya, FMSS tidak pasti serta-merta jika syarikat itu akan dilantik kerana hanya menerima jawapan daripada Cik Lim dua minggu selepas itu.

Seramai 14 saksi disoal sepanjang perbicaraan yang memakan masa lebih tiga minggu dan berakhir tiga hari lebih awal dari dijangkakan.

Kedua-dua pihak plaintif dan defendan perlu menyerahkan penghujahan penutup bertulis mereka pertengahan Januari hadapan. Penghujahan penutup lisan dijadualkan pada Mac.

Hakim Kannan Ramesh kemudian akan memutuskan jika pihak defendan didapati bertanggungjawab. Jika demikian, soal ganti rugi pula akan dibicarakan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan