Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan AHTC: 3 isu penting dipertimbangkan

Tiga isu penting menjadi tumpuan dalam menentukan sama ada tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) harus membayar balik wang $33.7 juta yang didakwa dibayar secara tidak wajar kepada bekas ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dari 2011 hingga 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2018 07:37PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 09:36PM

SINGAPURA: Tiga isu penting menjadi tumpuan dalam menentukan sama ada tiga Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) harus membayar balik wang $33.7 juta yang didakwa dibayar secara tidak wajar kepada bekas ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dari 2011 hingga 2015.

Ketiga-tiga isu itu diketengahkan dalam perbicaraan berprofil tinggi berhubung tindakan guaman sivil oleh dua majlis bandaran ke atas tiga AP WP itu, yang bermula hari ini (5 Okt).

Mantan Ketua WP Low Thia Kiang, Setiausaha Agung Pritam Singh, dan Pengerusi parti itu Sylvia Lim adalah antara lapan defendan dalam kes berkenaan.

Para AP itu menolak dakwaan sebuah panel bebas bahawa mereka melanggar Peraturan Kewangan Majlis Bandaran kerana mengikat kontrak dengan Ejen Pengurusan FM Solutions and Services, atau FMSS dengan tidak mengikut peraturan betul.

Peguam yang mewakili panel AHTC, David Chan, berkata Encik Low dan Cik Lim mengambil "tindakan melulu tanpa mempedulikan penduduk AHTC yang hanya boleh disifatkan sebagai melanggar tugas fidusiari mereka."

Encik Chan juga menarik perhatian bahawa keadaan tidak wajar itu bermula dengan pelantikan secara tergesa-gesa ejen pengurusan, FMSS.

Syarikat itu ditubuhkan pada 15 Mei 2011, lapan hari selepas WP memenangi kawasan undi tersebut dalam pilihan raya umum.

WP menyatakan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk melantik ejen tersebut dan oleh itu, tiada tender ditawarkan.

Encik Chan bagaimanapun menyifatkan alasan tersebut sebagai "tidak berasas" memandangkan satu laporan oleh auditor AHTC, KPMG, menyatakan bahawa "satu pendekatan yang lebih berhemah adalah untuk membuka tender bagi setiap projek".

Encik Chan juga berkata pelantikan FMSS sebagai Ejen Pengurusan dibuat "secara tidak jujur" dan bukan "dengan niat yang baik."

Pemegang saham FMSS, Danny Loh dan How Weng Fan, adalah para penyokong lama WP.

Namun Encik Low dan Cik Lim tidak mengendahkan percanggahan kepentingan dan meneruskan pelantikan FMSS tanpa sistem tender.

Encik Chan menegaskan bahawa ia "bukanlah demi kepentingan penduduk" tetapi bagi "kepentingan para penyokong WP dan parti itu sendiri."

Menyentuh mengenai anggota-anggota Majlis Bandaran yang terlibat, peguam itu mendakwa bahawa tiada langkah-langkah perlindungan dilaksanakan atau dipertimbangkan meskipun 186 kelemahan kawalan dikesan.

Mereka juga dituduh gagal membuat pertimbangan yang relevan apabila mengikat kontrak dengan FMSS, seperti melihat laporan keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut dan membuat perbandingan kadar bayaran dengan ejen-ejen pengurusan majlis bandaran yang lain. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan