Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan Hari Kebangsaan 2020, 2021 diadakan di Pentas Terapung Marina Bay

Acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada dua tahun seterusnya akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay, umum Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Perbarisan Hari Kebangsaan 2020, 2021 diadakan di Pentas Terapung Marina Bay
Diterbitkan : 09 Sep 2019 08:20PM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 12:01PM

SINGAPURA: Acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada dua tahun seterusnya akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay, umum Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (9 Sep).

Acara NDP akan diadakan di sana sebelum tapak berkenaan ditutup buat beberapa tahun untuk membangunkan Dataran NS yang baru, kata beliau.

"Pentas Terapung adalah sebuah tapak unik. Selain kegiatan darat, ia membolehkan lebih banyak aset udara dan laut dikerahkan. Kami menantikan NDP 2020 dan 2021," tambah Dr Ng.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada 2017 bahawa Pentas Terapung di Marina Bay akan dibangunkan semula kepada sebuah tapak tetap dan dinamakan sebagai Dataran NS.

Selepas pembangunan semula itu, Dataran NS akan berfungsi sebagai tempat utama bagi acara NDP.

Pada April lalu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mempelawa anggota masyarakat untuk berkongsi pandangan mereka tentang kemudahan, kegiatan serta pameran di Dataran NS.

Pembangunan semula pentas terapung Marina Bay dan galeri tempat duduk penonton, menurut MINDEF dan MND, bertujuan untuk mengubah tapak tersebut menjadi sebuah ruang acara dan hiburan yang penuh bertenaga dan tempat untuk orang awam menikmati kegiatan-kegiatan seni, kebudayaan serta sukan di kawasan dermaga tersebut sepanjang tahun.

Acara NDP tahun ini diadakan di Padang sedang negara memperingati 200 tahun sejak Singapura moden diasaskan. Semasa acara tersebut, pertunjukan bunga api diadakan di Sungai Singapura buat julung-julung kalinya.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan