Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 diisytiharkan 'acara khas dengan keselamatan dipertingkat'

NDP 2018 yang bakal dianjurkan di Pentas Terapung @ Marina Bay, diisytiharkan sebagai "acara khas dengan keselamatan dipertingkat" 

Anggaran Waktu Membaca:
Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 diisytiharkan 'acara khas dengan keselamatan dipertingkat'

(Gambar: Penguasa Pembangunan Semula Bandar)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 10:36PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 10:42PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018 yang bakal dianjurkan di Pentas Terapung @ Marina Bay, pada 9 Ogos ini diisytiharkan sebagai "acara khas dengan keselamatan dipertingkat" di bawah Akta Keselamatan Awam.

Kawasan di sekeliling Marina Bay juga dikhususkan sebagai kawasan acara khas dengan langkah-langkah keselamatan dipertingkat, menurut pengumuman polis hari ini (31 Jul). Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) atau dron juga dilarang di kawasan itu.

Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 12 bulan, didenda sehingga S$20,000 ataupun kedua-duanya sekali.

Di dalam kawasan acara khas tersebut, terdapat sebuah zon istimewa di mana pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat akan dijalankan. Kesemua kenderaan dan sesiapa yang memasuki kawasan berkenaan akan diperiksa dan pihak polis mempunyai kuasa untuk melarang sesiapa masuk atau membawa keluar sesiapa dari zon istimewa, jika perlu.

Kawasan acara khas dan zon istimewa akan berkuat kuasa mulai tengah malam sehingga 11.59 malam, pada 9 Ogos ini. Sekiranya perbarisan dianjurkan pada tarikh simpanan, 11 Ogos, ketetapan itu akan berkuatkuasa pada hari yang sama.

Pihak berkuasa juga menyenaraikan barang-barang terlarang di dalam kawasan acara khas:

1. Sebarang bahan berbahaya atau menyakitkan hati

2. Alat nyala api dan isyarat marin, alat nyala api mendarat, fius lebuh raya, penjana asap, alat isyarat cemas atau piroteknik bertujuan untuk menghantar isyarat, amaran, penyelamat ataupun tujuan serupa

3. Sebarang bahan petroleum atau mudah terbakar di bawah takrifan Peraturan Keselamatan Api (Bahan Petroleum dan Mudah Terbakar) (Bab. 109A rg 7)

4. Bahan letupan mengikut takrifan Akta Senjata Api dan Bahan Letupan (Cap 13)

5. Sebarang senjata api mengikut Akta Senjata Api dan Bahan Letupan

6. Sebarang alat berupaya dibawa seseorang atau alat membuka kunci atau peralatan berkaitan

7. Bekas cat aerosol atau alat atau bahan yang berupaya digunakan menconteng dinding

8. Alat pembesar suara

9. Sebarang bendera atau kain rentang berukuran lebih besar dari satu meter atau dilengkapi pemegang berukuran lebih semeter

10. Sebarang sistem komunikasi awam, alat elektronik, alat penyiaran ataupun alat serupa yang boleh menganggu peralatan penyiaran atau peralatan serupa yang digunakan pihak penganjur acara NDP di atau bagi acara khas, ataupun orang yang diluluskan oleh pihak penganjur acara atau di bawah Akta bagi penggunaan peralatan sedemikian

11. Sistem mengawal pesawat secara jarak jauh meliputi pesawat, setiap stesen pemandu jarak jauh yang mempunyai peralatan sedemikian, hubungan arahan dan pengawalan antara pesawat kawalan jauh dengan stesen pemandu jarak jauh, termasuk sebarang bahagian yang dikhususkan dalam jenis rekaan sistem pesawat kawalan jauh, untuk memandu pesawat berkenaan.

Sesebuah kawasan acara khas ditanda mengikut sempadan berikut:

(Gambar: SPF) 

(Gambar-gambar: SPF) 

1. Marina Boulevard
2. Finlayson Green
3. D’Almeida Street
4. Malacca Street
5. Market Street
6. Chulia Street
7. South Canal Road
8. Circular Road
9. South Bridge Road
10. North Bridge Road
11. High Street
12. Hill Street
13. Victoria Street
14. Middle Road
15. North Bridge Road
16. Tan Quee Lan Street
17. Beach Road
18. Ophir Road
19. Nicoll Highway
20. Tebing barat di Kolam Air Marina
21. East Coast Parkway
22. Rhu Cross
23. Sempadan timur Taman Di Pesisiran Timur
24. Sempadan selatan Taman Di Pesisiran Timur
25. Coastline
26. Jambatan Marina
27. Coastline
28. Tempat letak kereta Bendungan Marina
29. Marina Gardens Drive

Zon istimewa ditandai oleh sempadan berikut:

(Gambar: SPF) 

1. Marina Boulevard
2. Finlayson Green
3. Collyer Quay
4. Battery Road
5. Fullerton Square
6. Cavenagh Bridge
7. Tebing utara Sungai Singapura
8. Connaught Drive
9. Stamford Road
10. Nicoll Highway
11. Raffles Boulevard
12. Republic Boulevard
13. Litaran F1
14. Ophir Road
15. Tebing barat Kolam Air Marina
16. Cross the Kolam Air Reservoir
17. Tebing selatan Kolam Air Marina
18. Bayfront Avenue

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan