Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan dan Upacara NDP 2018 lebih gah, paparkan segmen-segmen baru

Para penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018 dapat menjangkakan persembahan tatu ketenteraan gabungan terbesar di Pentas Terapung Marina Bay tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018 dapat menjangkakan persembahan tatu ketenteraan gabungan terbesar di Pentas Terapung Marina Bay tahun ini.

Ia akan disertai jumlah peserta paling ramai sejauh ini, sekitar 560 peserta, dengan penyertaaan pancaragam sekolah dan skuad perbarisan jitu Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).

Acara itu merupakan sebahagian daripada segmen perbarisan dan upacara yang membentuk 33 kontinjen perbarisan dan pelibatan lebih 2,600 peserta tahun ini.

Segmen kegemaran ramai, koir gabungan sekolah-sekolah, juga akan kembali semula memeriahkan temasya NDP setelah lima tahun berehat.

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pula, orang ramai boleh menjangkakan pertunjukan udara menarik yang menampilkan 21 jet pejuang dan helikopter dalam acara terbang lalu dan aksi di udara.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan