Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbahasan Ucapan Presiden: AP sentuh isu prasarana, perumahan

 Terdapat seruan untuk mempertingkatkan prasarana bagi warga tua dan membantu mereka yang sudah bersara yang tinggal di rumah-rumah privet.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbahasan Ucapan Presiden: AP sentuh isu prasarana, perumahan

Gambar fail sekumpulan warga tua. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 17 May 2018 10:34PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:35PM

SINGAPURA: Isu-isu berkaitan prasarana dan perumahan ditimbulkan oleh Anggota Parlimen (AP) semasa sidang Parlimen hari ini (17 Mei) - sesi keempat bagi membahaskan Ucapan Presiden sempena pembukaan semula sesi Parlimen. Terdapat seruan untuk mempertingkatkan prasarana bagi warga tua dan membantu mereka yang sudah bersara yang tinggal di rumah-rumah privet.

Dr Teo Ho Pin, AP kawasan undi Bukit Panjang, berkata Pemerintah perlu mempercepatkan perubahan pada sekitaran Singapura supaya menjadikannya lebih mesra warga tua.

Beliau menyarankan Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk memberikan huraian mesra warga tua yang sama rata seperti tanjakan, lantai tidak mudah tergelincir, sistem amaran dan lampu bagi menggalak lebih ramai keluarga menjadi rumah mereka mesra warga tua.

Beliau juga memberikan saranan bahawa sekitaran terbina Singapura dijadikan 100 peratus bersepadu dan tanpa hadangan.

AP bagi GRC Marsiling-Yew Tee Alex Yam berkata Pemerintah harus menimbangkan pemasangan sistem pemantauan di rumah, dan tempat mencuci dan dapur yang lebih rendah untuk warga tua.

JENIS RUMAH BUKAN UKURAN BAIK SIAPA TERIMA MANFAAT

AP bagi Mountbatten Lim Biow Chuan bertanya sama ada Pemerintah akan menimbangkan untuk mengkaji semula dasar yang mengaitkan manfaat belanjawan dengan jenis perumahan.

Beliau menambah bahawa terdapat rakyat Singapura yang tinggal di rumah-rumah privet atau flat HDB yang lebih besar tetapi ramai yang sudah bersara tanpa pendapatan atau sukar untuk mencari pekerjaan yang membayar gaji yang setara kerana usia lanjut mereka.

Dengan itu, golongan ini merasakan bahawa Pemerintah tidak perihatin terhadap rakyat Singapura yang tinggal di rumah-rumah besar meskipun sudah banyak menyumbang kepada pembangunan negara dengan pelbagai cara.

Encik Lim turut bertanya sama ada Pemerintah juga akan menyemak semua Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) yang dikaitkan dengan pendapatan keluarga.

Beliau memberikan contoh seorang penduduk yang tidak lagi menerima manfaat kesihatan CHAS selepas dinaikkan gaji hanya S$100 tetapi perlu membayar lebih banyak lagi untuk jagaan kesihatan hanya kerana beliau tidak layak lagi.

ISU PAJAKAN HDB TIMBUL SEMULA

Encik Yam menyentuh mengenai isu pajakan flat-flat HDB selama 99 tahun yang "timbul semula sejak beberapa bulan lalu".

Beliau menarik perhatian bahawa dengan penjualan berkelompok semakin rancak, tempoh pajak mengakibatkan ketidakseimbangan dalam jenis perumahan yang berbeza.

Beliau menyeru kepada MND supaya "penjelasan yang lebih baik" diberikan mengenai isu ini serta menyarankan bahawa Skim Pembangunan Semula Secara Kelompok Terpilih yang diubah diluaskan lagi.

Anggota Parlimen Tanpa Kasawan Undi (NCMP) dari Parti Pekerja, Leon Perera, menambah bahawa tempoh tamat pajakan flat-flat HDB merupakan "isu yang besar dan rumit" di mana WP akan mengkajinya dengan tujuan untuk memberikan saranan yang membina.

Beliau juga menarik perhatia bahawa terdapat kemungkinan harga jualan semula HDB menjadi lebih teruk pada masa depan dengan lebih banyak flat-flat BTO dibina. Beliau berkata terdapat tekanan ke atas para penduduk untuk menjual flat-flat HDB demi mendapatkan wang bagi pendapatan apabila bersara kelak ataupun sebagai wang tambahan kecemasan.

SEMAK SEMULA DASAR MENGENAI RIZAB

Selain itu, Encik Perera menyarankan kepada Pemerintah untuk menggunakan rizab demi memperkukuhkan lagi belanjawannya.

Encik Perera menambah bahawa terdapat pandangan yang berbeza mengenai isu ini. Dengan tidak menggunakan rizab ia membolehkan rakyat Singapura untuk mendapatkan keselamatan tambahan dari dana kecemasan yang lebih banyak lagi.

Tetapi pada masa yang sama, terdapat risiko daripada tekanan kos dan ekonomi semakin meningkat pada masa depan.

"Terdapat bukti bahawa kebimbangan mengenai kos sara hidup dan pesaingan akademik menyumbang kepada TFR (Kadar kesuburan) yang rendah, dan ternyata TFR kami merupakan antara yang paling rendah di dunia." 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan