Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbahasan politik di sekolah "bukan sesuatu yang lakukan buat masa ini", tegas Dr Janil

Membawa perbahasan politik yang berat sebelah oleh Anggota-anggota Parlimen (AP) yang dipilih ke sekolah merupakan satu "peralihan asas" dan "bukan sesuatu yang kami lakukan buat masa ini".

Anggaran Waktu Membaca:
Perbahasan politik di sekolah "bukan sesuatu yang lakukan buat masa ini", tegas Dr Janil
Diterbitkan : 05 Mar 2018 11:49PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 01:21AM

SINGAPURA: Membawa perbahasan politik yang memihak atau partisan oleh Anggota-anggota Parlimen (AP) yang dipilih ke sekolah merupakan satu "peralihan asas" dan "bukan sesuatu yang kami lakukan buat masa ini", kata Menteri Negara Kanan Pendidikan Dr Janil Puthucheary di Parlimen hari ini (5 Mac).

Menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Encik Leon Perera, Dr Puthucheary menegaskan bahawa tidak sesuai untuk menghulurkan undangan kepada Encik Perera sebagai anggota sesebuah parti politik dan AP ke sekolah.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE), Encik Perera berkata para pelajar seharusnya diberi peluang mendengar sendiri di sekolah, pandangan-pandangan AP-AP yang dipilih bukan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) tentang isu-isu semasa.

Encik Perera menjelaskan meskipun beliau tidak 100 peratus pasti, ia kelihatan seperti pemegang jawatan pemerintah dan penasihat akar umbi dibenarkan ke sekolah-sekolah MOE dan merasmikan acara, mengadakan dialog tentang isu-isu nasional dan berinteraksi bersama para pelajar manakala AP pula tidak boleh berbuat demikian.

"Pastinya, ia tidak boleh dikatakan bahawa para menteri dan penasihat akar umbi, secara definisi tidak bersifat politik semasa berbual dengan para pelajar, tetapi AP-AP bukan PAP, secara definisi adalah bersifat politik," katanya. "Saya rasa kedua-dua kumpulan patut dibenarkan ke sekolah-sekolah tetapi bukan untuk mendapatkan sokongan bagi parti-parti, bukan untuk melibatkan diri dalam perbincangan yang berat sebelah, bukan untuk memakai simbol-simbol parti dan sebagainya."

Sebelum ini, Encik Perera dari Parti Pekerja meminta MOE untuk mempertimbangkan membenarkan semua AP, termasuk AP Dilantik (NMP) pergi ke sekolah-sekolah bagi berkongsi pandangan mereka mengenai hal ehwal awam dan peranan mereka dalam proses undang-undang sebagai MP. Beliau menarik perhatian bahawa di sekurang-kurangnya dua laman web sekolah AP-AP diberi pengakuan sebelum 2011 tetapi selepas itu, sekolah-sekolah hanya merujuk kepada penasihat akar umbi.

"Kami boleh melabel dan mengatakan bahawa PAP secara definisi okay, anggota bukan PAP secara definisi amalkan politik pemihak dan oleh itu tidak (okay). Namun, adakah ia memenuhi kepentingan pelajar kita yang merupakan generasi masa depan?" tanya beliau. "Janganlah kita membuat perbualan ini tentang label - itu adalah perbualan yang berbelit-belit. Mari kita bincangkannya tentang apa yang terbaik bagi pelajar kita."

Encik Perera pernah membentangkan soalan parlimen mengenai tajuk yang sama pada Februari lalu. Dr Puthucheary, yang menjawab soalan beliau ketika itu, menarik perhatian bahawa sekolah-sekolah seharusnya bebas dari politik yang berat sebelah dan ia tidak menjemput AP-AP ataupun parti-parti politik untuk membuat ucapan di acara-acara sekolah.

Beliau juga menjelaskan dasar MOE tentang isu tersebut kekal sama, tidak ada sebarang perubahan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan