Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan siber perlu diperketat, kata Dr Vivian Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata undang-undang siber mesti diperketatkan selaras dengan ancaman online yang semakin meruncing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2019 09:34PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 11:41PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata undang-undang siber mesti diperketatkan selaras dengan ancaman online yang semakin meruncing.

Berucap di Program Asia Pasifik ke-13 bagi para pegawai kanan keselamatan negara hari ini (8 Apr), Dr Balakrishnan menambah negara kecil seperti Singapura perlu terus mengukuhkan kawalannya.

Jika tidak, bibit-bibit keretakan dalam masyarakat berbilang kaum akan diekploitasikan.

Beliau turut menambah Pemerintah-pemerintah di merata dunia sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan keselamatan siber. Namun, ancaman-ancaman yang timbul juga lebih canggih.

Oleh itu, tegas Dr Balakrishnan lagi, Pemerintah dan masyarakat mesti berganding bahu untuk membanteras ancaman-ancaman yang timbul daripada revolusi teknologi.

"Melabur dalam rakyat, melabur dalam sistem keselamatan sosial kita demi memberi keyakinan kepada rakyat untuk menghadapi masa depan. Juga, untuk memberi mereka keyakinan bahawa masyarakat akan berdiri teguh bersama-sama," katanya. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan