Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan pinjaman wang diperketatkan menjelang 2018

Mulai bulan depan, peraturan meminjam wang akan diperketatkan bagi mereka yang banyak berhutang, demikian diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (15 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2017 02:06PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 09:34PM

SINGAPURA: Mulai bulan depan, peraturan meminjam wang akan diperketatkan bagi mereka yang banyak berhutang, demikian diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (15 Dis).

Seorang peminjam dengan hutang tanpa cagaran melebihi enam kali gaji bulanannya tidak akan dibenar menggunakan kredit baru. Ini bermakna, had kreditnya tidak akan ditambah dan peminjam uga tidak boleh memohon pinjaman tanpa cagaran yang baru.

Pinjaman tanpa cagaran termasuk hutang menggunakan kad kredit.

Bagaimanapun pinjaman bercagar ataupun pinjaman bagi tujuan perniagaan, pendidikan ataupun perubatan serta gadai janji tidak akan terjejas oleh syarat pinjaman baru itu.

Di bawah langkah baru ini, para peminjam masih boleh menggunakan kemudahan kredit mereka sekarang ini dan tidak perlu mengurangkan had kredit tersebut.

Langkah tersebut bertujuan yang mempunyai hutang tanpa cagaran antara enam hingga 12 bulan gaji bulanan mereka untuk melunaskan hutang dan mengurangkan beban hutang mereka dalam jangka panjang.

Terdapat sekitar 60,000 peminjam sedemikian yang membentuk 4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna kredit tanpa cagaran.

Buat masa ini, had pinjaman bagi semua industri mencegah seseorang daripada mendapatkan kredit tanpa cagaran dan kemudahan pinjaman yang baru sebaik sahaja jumlah hutang tersebut melebihi had pinjaman buat tiga bulan berturut-turut.

Peraturan itu diperkenalkan pada 2015 untuk membantu orang ramai daripada berhutang melebihi had kemampuan.

Had yang ditetapkan sekarang sebanyak 18 kali gaji bulanan peminjam akan diturunkan kepada 12 kali pada Jun 2019.

Sejak had tersebut diperkenalkan, jumlah mereka yang mempunyai hutang tanpa cagaran yang melebihi gaji tahunan mereka turun sekitar 21,000, menurut MAS.

Oleh itu, had kredit baru yang bakal diperkenalkan merupakan langkah berjaga-jaga untuk membantu peminjam mengehadkan kredit mereka sebelum terjejas oleh had pinjaman yang akan dikenakan kepada semua industri, tambah bank pusat itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan