Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan lebih ketat selepas Akta Hidupan Liar dipinda

Pindaan terhadap Akta Hidupan Liar dan Burung (Waba), yang kini dikenali sebagai Akta Haiwan Liar diluluskan Parlimen dengan sokongan yang luas daripada para Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) pada Rabu (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan lebih ketat selepas Akta Hidupan Liar dipinda

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 02:05PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 02:06PM

SINGAPURA: Pindaan terhadap Akta Hidupan Liar dan Burung (Waba), yang kini dikenali sebagai Akta Haiwan Liar diluluskan Parlimen dengan sokongan yang luas daripada para Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) pada Rabu (25 Mac).

Pertama kali diusulkan di Parlimen pada 6 Mac, pindaan-pindaan tersebut kini mengharamkan perbuatan memberi makanan kepada semua hidupan liar di Singapura. Haiwan-haiwan liar juga tidak boleh dilepaskan di merata Singapura.

Rang undang-undang itu diusulkan oleh Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng, yang juga adalah pengasas dan ketua eksekutif kumpulan pencinta haiwan Acres.

Seramai tujuh AP dan NMP membahaskan rang undang-undang tersebut, dengan enam menyokong pindaan-pindaan itu.

Satu-satunya penentang rang undang-undang itu ialah NMP Walter Theseira yang menukil keprihatinan "substantif" mengenai bagaimana Akta itu akan dikuatkuasakan.

Beliau bersama beberapa AP lain turut membangkitkan keprihatinan mengenai penguatkuasaan Akta itu, terutama sekali tentang bagaimana ia boleh menyebabkan inidividu yang berniat baik dihukum dan juga mereka yang melepaskan haiwan sebagai sebahagian daripada amalan keagamaan.

PINDAAN UTAMA

Dengan pindaan-pindaan yang diluluskan itu, orang ramai dilarang memberi makanan kepada semua haiwan liar di merata Singapura, bukan sahaja burung merpati dan haiwan liar di hutan-hutan simpanan, kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengurusan Hidupan Liar Lembaga Taman Negara (NParks).

Orang ramai juga dilarang melepaskan haiwan di merata Singapura dan bukan hanya di kawasan hutan simpanan dan kolam air kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah NParks.

Para pegawai NParks kini diberi kuasa untuk memusnahkan dan menghapuskan sebarang perangkap yang tidak dipantau dan tidak mempunyai kelulusan.

Ketua Pengarah NParks juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah kepada pihak pemaju untuk melaksanakan langkah-langkah bagi melindungi keselamatan atau kesihatan orang awam, haiwan liar atau ekosistem.

Denda sehingga S$50,000 atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-dua sekali boleh dikenakan ke atas sesiapa yang tidak mematuhinya.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan