Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan kayuh basikal secara sebaris pada setiap masa sedang dikaji: Chee Hong Tat

Sebuah panel pemerintah sedang mengkaji sama ada kegiatan berbasikal perlu dilakukan dalam keadaan sebaris pada setiap masa ketika berada di jalan raya berbanding dua secara beriringan kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (11 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan kayuh basikal secara sebaris pada setiap masa sedang dikaji: Chee Hong Tat

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 May 2021 06:37PM Dikemas Kini : 11 May 2021 06:39PM

SINGAPURA: Sebuah panel pemerintah sedang mengkaji sama ada kegiatan berbasikal perlu dilakukan dalam keadaan sebaris pada setiap masa ketika berada di jalan raya berbanding dua secara beriringan kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (11 Mei).

Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) juga sedang mengkaji sama ada untuk menetapkan had pada saiz kumpulan pengayuh basikal di jalan raya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengkaji semula langkah keselamatan, katanya lagi.

Encik Chee menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen GRC Sembawang Poh Li San dan AP GRC Ang Mo Kio Gan Thiam Poh di Parlimen mengenai kegiatan berbasikal secara selamat di jalan raya.

Memberi penjelasan tentang peraturan sedia ada di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya (RTA), Encik Chee berkata para pengayuh basikal di jalan raya mesti mematuhi semua peraturan trafik seperti mengayuh basikal dalam satu barisan ketika berada di jalan raya yang mempunyai hanya satu lorong agar tidak menghalang kenderaan lain.

Mereka juga mesti mengikut isyarat lampu trafik, elakkan daripada menggunakan lebuh raya dan terowong dan mengayuh basikal "sedekat mungkin" kepada bahagian paling kiri jalan raya.

"Ini bermakna mereka perlu kekal berada di bahagian kiri lorong paling kiri kecuali jika mereka belok ke kanan atau membuat pusingan U," kata Encik Chee.

Encik Gan juga mengambil perhatian bahawa para pengayuh basikal boleh menggunakan seluruh lorong paling kiri.

Memberi responsnya, Encik Chee menekankan bahawa peraturan sedia ada tidak melarang para pengayuh basikal daripada menggunakan lorong paling kiri dan mereka boleh berbuat demikian dengan mengayuh basikal secara dua beriringan kecuali di jalan raya yang mempunyai hanya satu lorong.

"Ada beberapa perbincangan dengan kumpulan berkepentingan berbeza tentang sama ada ini adalah amalan yang baik atau tidak," katanya.

Encik Chee berkata sesetengah pengayuh basikal percaya bahawa peraturan berbasikal dua beriringan membuat para pemandu lebih peka terhadap kehadiran para pengayuh basikal, sekali gus lebih selamat untuk mereka.

"Selagi saiz kumpulan adalah munasabah, kereta-kereta yang memandu berhampiran kumpulan itu akan menganggap ia seolah-olah seperti sebuah kenderaan yang bergerak perlahan," kata Encik Chee.

Meskipun begitu, Amap sedang menyemak peraturan itu dan meneliti jika terdapat sebarang kekurangan padanya, katanya. 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan