Images
  • armoured veh
    (Gambar: Gaya Chandramohan)

Perarakan kenderaan NDP 2020 akan melalui lima kawasan kejiranan

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, segmen perarakan kenderaan akan melalui lima kawasan kejiranan di merata negara.

Ia melibatkan 66 aset kenderaan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Dengan tema "Tunggak Negara Kita" kontinjen-kontinjen kenderaan itu akan bergerak mulai 10 pagi pada 9 Ogos nanti.

Laluan sepanjang 200 kilometer akan melalui kawasan-kawasan seperti Yishun, Tampines, Queenstown dan Bukit Batok.

Ia adalah laluan terpanjang dalam sejarah NDP.

Antara aset terbaru yang dipaparkan adalah kenderaan tempur berperisai Angkatan Tentera Singapura (Army), peluru berpandu anti-kapal Tentera Laut (RSN).

Buat pertama kalinya kira-kira 100 pekerja barisan hadapan dan penting dari pelbagai kumpulan seperti penjagaan kesihatan dan sektor perkhidmatan sosial akan ditampilkan

Kontinjen itu antara lain akan melalui Hospital Khoo Teck Puat, Hospital Besar Sengkang, Hospital Besar Ng Teng Fong dan kemudahan jagaan masyarakat Singapore Ekspo. 

- CNA/RR/tq

Top