Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perangkap raksasa untuk kawal pembiakan burung Javan Myna di Potong Pasir

Satu kaedah baru menggunakan perangkap jaringan raksasa untuk mengawal pembiakan sejenis burung tiong dirintis di Potong Pasir. Menurut Penguasa Agro Makanan dan Veterinar (AVA) sistem baru itu dipasang pada Khamis (27 Dis), dekat Blk 146 Potong Pasir Avenue, untuk sehari sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Perangkap raksasa untuk kawal pembiakan burung Javan Myna di Potong Pasir

(Gambar: Regina Goh)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 09:47PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 09:52PM

SINGAPURA: Satu kaedah baru menggunakan perangkap jaringan raksasa untuk mengawal pembiakan sejenis burung tiong dirintis di Potong Pasir.

Menurut Penguasa Agro Makanan dan Veterinar (AVA) sistem baru itu dipasang pada Khamis (27 Dis), dekat Blk 146 Potong Pasir Avenue, untuk sehari sahaja.

Jaring-jaring yang dipasang pada pokok-pokok itu dilengkapi dengan lapisan kanvas di bawahnya untuk memerangkap burung-burung Javan Myna.

Selepas diperangkap, gas karbon dioksida akan dilepaskan untuk menghapuskan burung-burung tersebut.

Menurut AVA sekitar 2,800 burung tiong membiak di luar kawalan di kawasan itu.

Perangkap baru itu diharap dapat mengurangkan jumlah pembiakan burung tiong di Potong Pasir.

Penggunaan jaringan itu adalah antara kaedah baru yang digunakan selain mencantas pokok-pokok dan penggunaan laser sebelum ini yang didapati kurang berkesan.

AVA menasihati orang ramai supaya jangan memberi makan kepada burung-burung tersebut untuk mengelakkan pembiakannya yang tidak terkawal.  

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan