Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perang dagang AS-China: S'pura perlu cari huraian atasi risiko

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata bahawa keadaan sejagat kini semakin tidak menentu. Pasaran-pasaran kewangan pula semakin bergejolak dan risiko perang dagang dalam pada itu sedang mengancam pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2018 08:44PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 09:23PM

JAKARTA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata bahawa keadaan sejagat kini semakin tidak menentu. Pasaran-pasaran kewangan pula semakin bergejolak dan risiko perang dagang dalam pada itu sedang mengancam pasaran.

Encik Heng yang kini di Bali bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, berkata demikian sebagai reaksi kepada unjuran awal MTI yang menunjukkan pertumbuhan 2.6 peratus ekonomi Singapura dalam suku ketiga.

Bercakap kepada para wartawan selepas menyertai perbincangan panel mengenai perkembangan ekonomi digital, Encik Heng menarik perhatian, pertikaian perdagangan yang berterusan antara China dengan Amerika Syarikat, sudah menggoncang pasaran.

Beliau menambah, Singapura akan memastikan dan cuba mengurangkan risiko perang dagang yang besar.

Singapura, tambah beliau, perlu menyesuaikan diri kepada pertumbuhan sejagat yang lebih perlahan tetapi tidak harus mengalihkan tumpuannya.

Awal minggu ini, IMF memotong ramalan pertumbuhan sejagat sebanyak 0.2 peratus kepada 3.7 peratus bagi tahun ini dan tahun depan. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan