Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraduan reka bentuk tugu Peringatan Pengasas dilancarkan

Satu peraduan mereka bentuk tugu Peringatan Pengasas Singapura dibuka di peringkat antarabangsa dilancarkan hari ini (10 Jan) bagi memudahkan proses pembinaan dan reka bentuk tapak seluas 13,700 kaki persegi itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 08:23PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:15PM

SINGAPURA: Tugu Peringatan Pengasas Singapura yang akan dibina di Bay East Garden, diharap dapat menarik sekitar sejuta pengunjung setahun.

Satu peraduan mereka bentuk tugu itu yang dibuka di peringkat antarabangsa dilancarkan hari ini (10 Jan) bagi memudahkan proses pembinaan dan reka bentuk tapak seluas 13,700 kaki persegi itu.

Para jurubina tempatan dan antarabangsa digalakkan untuk bergabung dalam peraduan dua fasa itu.

Saranan bagi reka bentuk tugu mesti menyertakan jambatan pejalan kaki, perhentian teksi air dan akses yang mudah ke kawasan itu.

Akses untuk menuju dan keluar daripada tugu yang akan dibina itu sedang disiapkan termasuk jalanraya dan stesen MRT.

Sebuah panel enam anggota akan menilai penyertaan yang diterima dan pemenang akan diumumkan menjelang Februari 2020.

Tugu peringatan itu dijangka siap dibina pada 2027. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan