Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peperiksaan GCE 'O’: Kertas 2 Matematik Tambahan hilang, 32 pelajar dari 2 sekolah terjejas

32 skrip jawapan bagi Kertas 2 mata pelajaran Matematik Tambahan bagi peperiksaan peringkat GCE O hilang di United Kingdom.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 32 skrip jawapan bagi Kertas 2 mata pelajaran Matematik Tambahan bagi peperiksaan peringkat GCE O hilang di United Kingdom.

Ia merupakan insiden kedua dalam setahun, kertas peperiksaan peringkat kebangsaan dilaporkan hilang dalam perjalanan.

Dalam satu sidang media Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) menyatakan 32 pelajar terjejas ekoran insiden itu dari dua Sekolah Menengah - Sekolah Tinggi Nan Hua dan Sekolah Menengah Hong Kah (kini dikenali sebagai Jurongville).

Secara keseluruhannya, 20 pelajar daripada Sekolah Tinggi Nan Hua terjejas manakala 12 lagi pelajar daripada Sekolah Menengah Hong Kah.

Insiden kehilangan itu berlaku pada 21 November 2018.

BAGAIMANA KERTAS JAWAPAN HILANG

Menurut SEAB, beg milik seorang pemeriksa Cambridge yang mengandungi kertas jawapan tersebut, disalah ambil oleh seorang penumpang lain dalam kereta api dari London ke Utara London.

Selepas sedar tentang insiden tersebut, beliau memberitahu segera pihak Penilaian Cambridge.

Penilaian Cambridge kemudiannya menjalankan siasatan terhadap kehilangan tersebut dengan melancarkan pencarian meluas di syarikat kereta api serta mengerahkan polis untuk mencari beg pemeriksa yang hilang itu.

Namun, sehingga hari ini skrip jawapan masih belum lagi ditemui dan siasatan polis masih lagi diteruskan.

LANGKAH YANG AKAN DIAMBIL

Ekoran kejadian ini, SEAB menyatakan para pelajar yang terjejas ditawarkan dua pilihan.

Yang pertama ialah dengan mengambila kira markah yang diperolehi dalam Kertas 1 yang merangkumi 44 peratus terhadap gred akhir mereka di samping prestasi kohort secara keseluruhan dalam subjek tersebut.

Ini bermakna markah daripada Kertas 1 akan digunakan bagi mendapatkan kedudukan calon dari segi peringkat persentil dalam kohort.

SEAB menambah gred akhir calon-calon yang terjejas turut akan disesuaikan dengan mengambil kira keputusan peperiksaan calon berdasarkan sekolah.

Menerusi prosedur ini, sekitar 91 peratus(29 calon) yang terjejas menerima gred Lulus, dengan sekitar 63 peratus (20 calon) menerima markah Cemerlang iaitu gred A1 atau A2.

Hampir semua calon terjejas memperoleh gred lebih baik atau yang sama berbanding keputusan mereka di peringkat peperiksaan prelim.

Para calon juga mempunyai pilihan mengambil semula peperiksaan itu pada 15 Februari ini dari jam 9 hingga 11.30 pagi.

Mereka akan mendapatkan keputusan peperiksaan pada akhir bulan Februari.
Peperiksaan semula itu akan berdasarkan kurikulum sama.

Mereka yang ingin menduduki peperiksaan sekali lagi perlu memberitahu pihak SEAB selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

KALI KEDUA INSIDEN BERLAKU

Tahun lalu, 238 pelajar maktab rendah terjejas apabila kertas Peperiksaan GCE peringkat A 2017 dicuri di Britain.

Pengarah Penilaian Cambridge Cik Juliet Wilson berkata ia merupakan kesilapan besar yang memerlukan pemeriksaan semula cara kertas jawapan disemak.

Ini termasuk menyemak semula kontrak dan persetujuan bersama pemeriksa, isu berkaitan pengangkutan serta kaedah pemeriksaan menerusi paparan skrin.

"Kami meminta maaf terhadap insiden ini dan kesulitan kepada calon terjejas. Kami akan bekerjasama lebih rapat lagi dengan pihak SEAB untuk memastikan calon-calon menerima gred yang adil dan betul, dan bukan merugikan kepada mereka. Kami sedang menjalankan pemeriksaan yang mendalam terhadap prosedur kami berhubung dengan pengendalian skrip," tambahnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan