Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyertaan terbesar NYP buat NDP 2019

Politeknik Nanyang membuat sumbangan terbesarnya di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), pada 9 Ogos nanti.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Politeknik Nanyang membuat sumbangan terbesarnya di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), pada 9 Ogos nanti.

Lebih 100 kakitangan dan pelajarnya mengambil bahagian, termasuk menyertai kontinjen pertama NYP dalam NDP, selain menghasilkan video menarik yang akan dipaparkan di skrin gergasi di Padang.

Itu semua adalah hasil kerja keras para pelajar tahun ketiga dari jurusan pengurusan media dan seni reka gerak grafiks dan penyiaran.

Ia merakamkan detik-detik persiapan para peserta persembahan dan perbarisan NDP serta pegawai SAF dan Home Team.

Di samping itu, mereka turut menghasilkan sebuah video belakang tabir yang merakamkan sesi-sesi latihan di kem Nee Soon dan Kranji. Video tersebut bakal ditayangkan di acara penghargaan bagi para peserta NDP kelak.

Animasi ciptaan 22 pelajar dari bidang reka bentuk grafiks dan penyiaran pula bakal membuat penampilan menyerikan persembahan pada hari kemerdekaan, 9 Ogos.

SUMBANGAN VIDEO BAGAIKAN HADIAH UNTUK NEGARA

Antara pelajar yang terlibat dalam penghasilan video animasi NDP ialah Muhd Sufyan Hakim Jamal, 20 tahun.

"Melalui video-video ini, penonton akan diajak bersama untuk ke zaman Singapura dari dulu hingga ke bandar Singapura yang sekarang, juga untuk mereka melihat masa hadapan Singapura.

"Saya rasa bangga kerana kerja keras kami akan ditayangkan di skrin besar di Padang dan di TV untuk tontonan semua," kata Sufyan.

Pastinya tugasan yang dipikul para pelajar itu amat mencabar dan penuh pengorbanan.

SENTIASA BERI SOKONGAN SUPAYA PELAJAR BOLEH MENGHASILKAN KARYA TERBAIK

Namun, sokongan kuat dan sumber dari pihak politeknik memastikan para pelajar mampu memberikan mutu khidmat yang terbaik.

Menurut pengurus kanan NYP, Encik Azhar Abdul Salam: "Sebelum penerbitan ini bermula, kami memastikan bahawa para pelajar kami benar-benar bersiap sedia untuk mengendalikan kamera-kamera yang agak besar dan agak teknikal."

"Selain itu mereka harus bersedia dari segi mental dan diberikan panduan yang sebaiknya," ujar Encik Azhar.

Selain dari segi sumbangan kreatif, NYP juga menghantar 49 pelajarnya dari jurusan kejururawatan untuk membantu memberikan pertolongan kecemasan.

Buat pertama kalinya juga, ia menghantar sebuah kontinjen yang akan berbaris megah membuka tirai Perbarisan Hari Kebangsaan Jumaat depan (9 Ogos). 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan