Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyertaan MENDAKI Homework Cafe meningkat 25%, ingin dekati lebih ramai ibu bapa muda

Kadar penyertaan bagi program 'kafe kerja sekolah' Yayasan Mendaki meningkat 25% sejak lima tahun lalu kepada 200 pelajar.  

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Kadar penyertaan bagi program 'kafe kerja sekolah' Yayasan Mendaki meningkat 25% sejak lima tahun lalu kepada 200 pelajar.

Sejajar dengan itu, ia kini ditawarkan di 15 pusat termasuk di kelab masyarakat dan masjid.

Terbaru, MENDAKI Homework Café diadakan di Masjid Al-Islah bagi mendampingi lebih ramai keluarga muda.

PROGRAM BERJAYA BANTU 200 PELAJAR MEMERLUKAN

Dua kali seminggu, Puteri Zahra Lydia dan abangnya menyertai sekumpulan lagi pelajar untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di Masjid Al-Islah.

Masjid di Punggol ini menjadi pusat terbaru program 'kafe kerja sekolah' atau Mendaki Homework Cafe (MHC), yang dibuka tahun lalu.

Dijalankan selama satu setengah jam, kanak-kanak ini dibimbing dalam subjek Inggeris dan Matematik oleh guru terlatih yang disediakan Mendaki.

Puteri Zahra Lydia dan abangnya ini antara 200 pelajar rendah dan menengah yang dibantu di bawah usaha sama antara Mendaki dan badan-badan setempat dalam usaha mendekati masyarakat.

Ia bertujuan membawa khidmat sosial lebih dekat kepada masyarakat yang tinggal di sesebuah kawasan kejiranan.

MASJID AL-ISLAH ANTARA PUSAT BARU PROGRAM MHC
Pusat di Masjid Al-Islah ini yang pertama di estet baru, bagi mendekati ibu bapa muda.

"Pembangunan keluarga pada Masjid Islah adalah satu isu yang penting bagi kita maka itu, kita adakan Homework Cafe, saya lihat Homework Cafe ini sebagai satu bidang yang penting sebab anak-anak ini kalau mereka tidak dapat selesaikan kerja sekolah, mereka akan dapat masalah yang berikutnya apabila di kelas, mereka akan rasa ketinggalan," tekan Encik Saat Matari Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Islah.

MASIH BELUM RAMAI KELUARGA DAPATKAN BANTUAN

Dengan mengadakan pusat ini di masjid, Mendaki berharap lebih ramai anggota masyarakat dapat menyertai program sosial dan pendidikannya.

Meskipun, disediakan secara percuma bagi pelajar dari keluarga bergaji rendah, masih belum ramai ibu bapa yang ke hadapan untuk mendapatkan khidmat ini.

Maka itu, ia merancang untuk menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh bagi para peserta.

"Mendaki berharap dapat membantu lebih ramai lagi pelajar kami untuk mempertingkatkan lagi pelajaran mereka.

"Kami juga mengalu-alukan keluarga muda yang mempunyai anak di sekolah untuk mendaftar ke pusat homework kami, untuk sokongan yang lebih mantap lagi daripada tutor-tutor kami yang berpengalaman," kongsi Cik Noorhafiza Halifi, Pengurus Pendidikan Yayasan Mendaki kepada pihak BERITAMediacorp.

Bahkan, bagi kanak-kanak yang menyertai Homework Cafe di sesetengah masjid, mereka juga boleh mengikuti kelas bimbingan agama.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan