Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyelidik NTU cipta pembalut luka dari kulit durian

Durian nampaknya bukan saja raja buah yang digemari ramai, tetapi kini digunakan juga untuk menghasilkan pembalut luka tanpa baunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2021 11:24PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 12:08AM

SINGAPURA: Durian nampaknya bukan saja raja buah yang digemari ramai, tetapi kini digunakan juga untuk menghasilkan pembalut luka tanpa baunya.

Menurut sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU), ciptaan mereka itu menjimatkan kos dan mesra alam kerana turut membantu menangani masalah sisa makanan.

Proses tersebut melibatkan pengeluaran bahan selulosa dari kulit durian.

Ia kemudian dicampur dengan gliserol untuk menghasilkan lapisan gel yang lembut.

Molekul organik daripada ragi kemudian dicampur supaya lapisan tersebut menjadi anti bakteria.

Hasilnya, ia boleh digunakan untuk membalut luka mahupun membantu mengurangkan pembentukan tisu parut yang berlebihan.

Para penyelidik percaya, ia akan mengambil masa sehingga dua tahun sebelum produk mereka dapat dipasarkan.

Hampir 12 juta durian dimakan di Singapura setiap tahun dengan sehingga 70 peratus buah tersebut membentuk kulitnya, yang dibuang saja.

Sumber : CNA/AQ/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan