Images
  • google map missing diver
    Petikan gambar Google Maps. 

Penyelam S'pura hilang, operasi mencari dijalankan

SINGAPURA: Operasi mencari seorang penyelam Singapura yang hilang dekat Sentosa sedang dijalankan. Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini (6 Mei). 

MPA dimaklumkan tentang seorang penyelam komersil Singapura yang dilaporkan hilang semasa menjalankan operasi dalam air ke atas kapal Jork di limbungan Western Anchorage, berdekatan Sentosa pada sekitar 2.40 petang semalam (5 Mei), kata seorang jurucakap MPA.

"Sebaik sahaja MPA dimaklumkan, dua pegawai MPA dan dua pegawai polis dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat," tambah jurucakap itu. "Bot-bot selam dan penyelam juga dikerahkan oleh syarikat penyelam berkenaan bagi membantu dalam operasi tersebut."

Penguasa itu turut mengeluarkan amaran kepada kapal-kapal yang berada berdekatan dengan tempat kejadian tentang insiden serta operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Mediacorp difahamkan nama penyelam yang hilang itu ialah Jake Seet Choon Heng.

Beliau sedang bertugas semalam (5 Mei) ketika seorang rakan kerjanya "menyedari beliau hilang", menurut sumber yang tidak ingin dinamakan.  

- CNA/AQ/aq

Top