Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyelam S'pura antara 3 dilaporkan hilang di perairan Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia sedang menyelaras operasi mencari dan menyelamat seorang penyelam warga Singapura yang hilang bersama dua orang lain di perairan dekat barat Jawa, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (5 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelam S'pura antara 3 dilaporkan hilang di perairan Indonesia

Operasi mencari dan menyelamat 3 penyelam, termasuk seorang warga S'pura, yang dilapor hilang di perairan Indonesia (Gambar: BASARNAS)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 01:51PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 01:54PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa Indonesia sedang menyelaras operasi mencari dan menyelamat seorang penyelam warga Singapura yang hilang bersama dua orang lain di perairan dekat barat Jawa, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (5 Nov).

Lelaki tersebut dilaporkan hilang semasa menyelam dekat Pulau Sangiang di wilayah Banten pada Ahad, menurut MFA.

Tiga orang yang dilaporkan hilang itu ialah sebahagian daripada kumpulan tujuh orang yang melakukan kegiatan menyelam dekat pulau tersebut, menurut agensi berita Indonesia, Detik.

Menurut laporan, dua lagi penyelam yang hilang ialah warga China.

"Apa yang jelas adalah mangsa-mangsa yang hilang ialah penyelam profesional, bukan baru. Mereka mempunyai kelayakan menyelam, malah mungkin pernah menyelam di kawasan ini," kata Encik Zaenal Arifin, ketua daerah agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas).

Menurut Encik Zaenal, keadaan cuaca menghambat operasi mencari dan menyelamat pada Selasa.

Pada Selasa, kawasan pencarian diperluaskan ke selatan Pulau Sangiang - sekitar 14.5 kilometer dari tempat mereka bertiga terakhir dilihat.

Para penyelam dari Basarnas dan tentera laut Indonesia sedang mencari mereka yang hilang, menurut laporan Jakarta Globe. Lima kapal dan sebuah helikopter turut dikerahkan untuk operasi tersebut.

MFA menambah pihaknya sedang menyediakan bantuan.

"Kedutaan Singapura di Jakarta sedang berhubung dengan keluarga rakyat Singapura yang dilaporkan hilang," tambah MFA.

"Pihak kedutaan juga kerap berhubungan dengan pihak berkuasa Indonesia yang sedang menyelaras operasi mencari dan menyelamat."

Seorang pegawai konsular dari Kedutaan Singapura berada di lapangan "untuk menyediakan bantuan dan sokongan", tambah MFA.

"MFA dan kedutaan akan terus menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga warga Singapura yang hilang."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan