Images
  • getai
    Seorang lelaki 39 tahun yang menjerit slogan-slogan berkaitan geng di satu persembahan di Yishun tahun lalu. (Gambar: Petikan gambar daripada video Facebook)

Penyanyi getai jerit slogan berkaitan geng di Yishun akan didakwa

SINGAPURA: Seorang lelaki 39 tahun yang menjerit slogan-slogan berkaitan geng di satu persembahan di Yishun tahun lalu akan didakwa di mahkamah pada Selasa (16 Apr), kata polis dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Lelaki itu membuat persembahan sebagai penyanyi getai di Festival Hungry Ghost Festival pada 7 Sep 2018. Polis menyatakan pihaknya menerima satu laporan mengenai video online pada 10 Sep pada sekitar jam 10 malam, tentang seorang lelaki menjerit slogan-slogan berkaitan geng di satu acara makan malam.

Acara itu diadakan di sebuah tempat letak kenderaan di Yishun, menurut kenyataan itu.

Satu video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang lelaki menyanyi di pentas dan memekik "Ang Soon Tong" di mikrofon. Ang Soon Tong adalah nama kumpulan kongsi gelap yang dipercayai berpangkalan di Singapura dan Malaysia.

Lelaki tersebut dikenal pasti sebagai penyanyi getai dengan nama pentas Weizong di laporan-laporan media.

Dia akan didakwa di mahkamah kerana menggunakan kata-kata berunsur ancaman yang boleh mengakibatkan rasa cemas di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.

Sekiranya didapati bersalah, dia boleh didenda sehingga S$5,000.

Menurut polis, ia "amat memandang serius sesiapa yang mengancam keamanan awam dan akan memastikan bahawa para pesalah dibawa ke muka pengadilan dan menghadapi tindakan undang-undang sewajarnya.

- CNA/NA/na

Top