Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyanyi Getai didenda kerana laung slogan geng di Yishun

Seorang bekas penyanyi di satu acara Festival Hungry Ghost didenda S$1,000 pada Rabu (24 Apr) kerana melaungkan slogan-slogan berkaitan geng.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Getai didenda kerana laung slogan geng di Yishun

Seorang lelaki 39 tahun yang menjerit slogan-slogan berkaitan geng di satu persembahan di Yishun tahun lalu. (Gambar: Petikan gambar daripada video Facebook)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 11:23PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 11:25PM

SINGAPURA: Seorang bekas penyanyi di satu acara Festival Hungry Ghost didenda S$1,000 pada Rabu (24 Apr) kerana melaungkan slogan-slogan berkaitan geng.

Warga Malaysia Goh Wee Chong, 39 tahun mengadakan persembahan sebagai seorang penyanyi getai di satu acara di tempat letak kereta di Blok 101, Yishun Avenue 5, pada 7 Sep tahun lalu.

Ratusan orang menghadiri acara itu, termasuk para penduduk Yishun, kata Timbalan Pendakwa Awam Gabriel Choong.

Mahkamah diberitahu, semasa persembahannya pada sekitar jam 10.30 malam, dia turun dari pentas dan terus bernyanyi sambil berdiri dalam kalangan para penonton.

Salah seorang daripada para penonton menghampiri Goh dan memintanya untuk menjerit sesuatu, iaitu nama kumpulan kongsi gelap di Singapura.

Pada mulanya Goh tidak mahu melakuan demikian, kerana dia tahu ia adalah nama sebuah geng. Bagaimanapun, dia menyerahkan mikrofon itu kepada penonton tersebut, yang menjerit nama geng tersebut.

Kemudian, Goh menjerit frasa itu dalam dialek Hokkien dan menambah satu perkataan untuk mengatakan bahawa kawasan itu adalah "kawasan" geng tersebut.

Setelah insiden itu, satu video yang menunjukkan perbuatan Goh dimuat naik ke Facebook oleh seorang penonton.

Seorang yang tidak ingin mendedahkan identitinya menghantar maklumat menerusi aplikasi SGSecure, yang mengatakan bahawa dia melihat kiriman Facebook tentang orang ramai yang menjerit slogan-slogan geng di majlis jamuan malam itu, dan satu aduan polis dibuat.

Goh mengaku bersalah atas satu tuduhan menggunakan kata-kata ancaman. Dia boleh didenda sehingga S$5,000 di bawah Akta Perlindungan dari Gangguan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan