Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyalutan yang tidak penuhi piawai keselamatan ditanggalkan dari 17 bangunan, 2 model penyalutan tidak selamat dikenal pasti

17 bangunan sudah selesai menanggalkan penyalutan yang tidak memenuhi piawai keselamatan di bawah Kod Kebakaran. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya semalam (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyalutan yang tidak penuhi piawai keselamatan ditanggalkan dari 17 bangunan, 2 model penyalutan tidak selamat dikenal pasti

Bangunan di 30 Toh Guan Road. (Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 09:07AM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 09:10AM

SINGAPURA: 17 bangunan sudah selesai menanggalkan penyalutan yang tidak memenuhi piawai keselamatan di bawah Kod Kebakaran. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya semalam (8 Dis).

Ia menyusuli pengumumannya awal tahun ini bahawa 39 bangunan menggunakan penyalutan yang tidak memenuhi piawaian kawal selia. Lima daripada bangunan itu kemudian didapati memenuhi piawai yang ditetapkan.

Penggunaan penyalutan yang tidak selamat dikesan selepas satu kebakaran di sebuah bangunan perusahaan di 30 Toh Guan Road pada Mei 2017 yang meragut nyawa seorang wanita berusia 54 tahun.

Siasatan SCDF mendapati bahawa panel komposit Alubond yang digunakan sebagai penyalutan di dinding luaran bangunan berkenaan tidak diisytiharkan sebagai Kelas 0 seperti yang ditetapkan di bawah Kod Kebakaran.

Dalam kenyataannya semalam (8 Dis), SCDF menyatakan bahawa kerja-kerja menanggalkan penyalutan bagi baki 17 bangunan masih dijalankan.

MODEL BARU PENYALUTAN YANG TIDAK SELAMAT DIKENALPASTI

SCDF juga menyatakan bahawa ia mengenal pasti dua lagi model panel komposit yang tidak diisytiharkan sebagai Kelas 0 - Bolliya dan Bolli-Core FR. Menurutnya tujuh bangunan mungkin terjejas.

Dua lagi projek pembangunan juga mungkin terjejas oleh model panel komposit lain yang tidak memenuhi piawai keselamatan. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana penyalutan dengan bahan mudah terbakar seperti ini digunakan di bangunan-bangunan yang terjejas.

Rancangan untuk mengetatkan peraturan keselamatan kebakaran dan proses pensijilan sedang dijalankan dan akan diumumkan tahun depan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan