Penyalaan lampu Krismas lebih besar, gah; pertama kali meliputi Grange Road dan Orchard Link
Lebih besar dan gah. Itulah yang dijanjikan pihak penganjur bagi penyalaan lampu Krismas di kawasan Orchard Road tahun ini.
SINGAPURA: Lebih besar dan gah. Itulah yang dijanjikan pihak penganjur bagi penyalaan lampu Krismas di kawasan Orchard Road tahun ini.
Penyalaan lampu hiasan meliputi kawasan sepanjang 3.9 kilometer termasuk Grange Road dan Orchard Link buat pertama kalinya.
Lampu Krismas tahun ini menggunakan lebih 6 kilometer lampu lap-lip dan 200 perhiasan LED di kawasan Orchard Road.
Pelbagai kegiatan juga akan dijalankan di kawasan tersebut dari 16 November hingga 1 Januari tahun depan.
Salah satu kegiatan kemuncak kali ini adalah "Great Christmas Village" yang akan menampilkan lebih 30 permainan bertema.
Penyalaan lampu Krismas adalah satu acara tahunan yang dimulakan sejak 1984.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.