Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyakit berkaitan tekanan di S'pura menelan biaya ekonomi AS$2.3 bilion setahun

Penyakit berkaitan tekanan di Singapura menelan biaya ekonomi sekitar AS$2.3 bilion setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyakit berkaitan tekanan di S'pura menelan biaya ekonomi AS$2.3 bilion setahun

Para pekerja di daerah perniagaan Raffles di Singapura. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 03:07PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 03:09PM

SINGAPURA: Penyakit berkaitan tekanan di Singapura menelan biaya ekonomi sekitar AS$2.3 bilion setahun.

Ia juga membentuk 18 peratus perbelanjaan kesihatan negara ini secara keseluruhan.

Singapura disenaraikan pada kedudukan kedua paling tinggi dalam kalangan sembilan negara dan bandar yang ditinjau.

Tinjauan itu mengukur perbelanjaan jagaan kesihatan yang boleh dikaitkan kepada penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan tekanan.

Amerika Syarikat dan Thailand menduduki tangga terbawah dalam senarai itu, di mana hanya 4 peratus perbelanjaan kesihatannya adalah untuk penyakit berkaitan tekanan.

Sebab utama perbezaan pada kadar tersebut adalah cara sistem jagaan kesihatan dikendalikan di negara-negara yang ditinjau.

Misalnya, kesihatan mental lazimnya tidak dilindungi insurans di Amerika Syarikat manakala di Singapura pula, terdapat kecenderungan untuk memanfaatkan rawatan di hospital bagi merawat penyakit mental.

Dapatan tinjauan itu diterbitkan semalam (21 Nov) oleh syarikat khidmat kesihatan global, Cigna dan syarikat penasihat jagaan kesihatan pakar, Asia Care Group.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan