Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penutupan sebahagian Koridor Kereta Api dilanjutkan hingga suku kedua 2018

Penutupan sebahagian Koridor Kereta Api akan dilanjutkan hingga suku kedua 2018 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dijalankan bagi menjadikan koridor tersebut lebih inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Penutupan sebahagian Koridor Kereta Api dilanjutkan hingga suku kedua 2018

Gambaran pelukis. (Gambar: URA)

Diterbitkan : 22 Nov 2017 04:52PM Dikemas Kini : 22 Nov 2017 04:55PM

SINGAPURA: Penutupan sebahagian Koridor Kereta Api akan dilanjutkan hingga suku kedua 2018 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dijalankan bagi menjadikan koridor tersebut lebih inklusif.

Bahagian Koridor Kereta Api antara Holland Road dengan Commonwealth Avenue pada asalnya dijangka dibuka pada suku keempat tahun ini.

Ini selepas kerja-kerja memasang paip di sebahagian daripada Saluran Paip Murane sepanjang 22 kilometer selesai dijalankan.

Ia merupakan projek prasarana air yang penting dan ia direka sedemikian rupa agar ia dapat memenuhi permintaan air di kawasan bandar pada masa akan datang, menurut PUB dalam kenyataan medianya.

Kerja-kerja naik taraf itu akan mengambil masa selama enam bulan.

URA dan Lembaga Taman Negara (NParks) mengumumkan pada bulan lalu mengenai rancangannya untuk mempertingkatkan Koridor Kereta Api agar para pengunjung boleh menikmati laluan sepanjang 24 kilometer menjelang 2021.  

Sumber : CNA/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan