Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang PMD, pemandu kereta ditangkap bergaduh di Tanjong Pagar

Dua lelaki ditangkap  kerana disyaki terlibat dalam satu kes melakukan tindakan cuai setelah video pergaduhan mereka tersebar di media sosial. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang PMD, pemandu kereta ditangkap bergaduh di Tanjong Pagar

(Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 10:22PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 10:23PM

SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes melakukan tindakan cuai setelah video pergaduhan mereka tersebar di media sosial.

Dalam satu kenyataan pada Ahad (1 Dis), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan ia menerima aduan mengenai satu insiden trafik di Enggor Street di Tanjong Pagar. Ia melibatkan sebuah kereta dan alat mobiliti peribadi (PMD) pada 28 November lalu.

Kedua-dua pemandu dan penunggang PMD bertengkar dan bertindak secara agresif terhadap satu sama lain sebelum akhirnya beredar, menurut polis.

Pegawai dari Divisyen Polis Tengah kemudian menangkap pemandu berusia 43 tahun pada Sabtu (30 Nov) dan penunggang PMD berumur 36 tahun pada keesokan hari.

Jika sabit kesalahan bagi kesalahan bertindak secara cuai, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

Video yang dimuat naik ke media sosial pada 28 November, khususnya di laman kumpulan trafik SG Road Vigilante, menunjukkan rakaman kamera dalam kenderaan dari kereta yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan seorang penunggang PMD di Enggor Street.

Video tersebut kemudian menunjukkan adegan di mana penunggang PMD berkenaan dilihat membuka pintu kereta tersebut dan menarik pemandunya.

Dalam nasihatnya kepada orang awam, polis menyatakan setiap pengguna jalan raya harus mematuhi peraturan trafik dengan betul dan tidak melanggar undang-undang.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai pencabulan lalu lintas boleh membuat aduan di balai polis kejiranan terdekat atau memberikan maklumat kepada Jabatan Polis Trafik melalui portal online "Maklum Balas Pengguna Jalan Raya". 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan