Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan lori tangki air di AYE

Seorang lelaki berusia 31 tahun maut akibat kemalangan yang berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada petang Khamis (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan lori tangki air di AYE

Sebuah motosikal rosak teruk menyusuli kemalangan di AYE. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 08:12AM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:16AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun maut akibat kemalangan yang berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada petang Khamis (12 Sep).

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di AYE menghala ke arah Tuas pada sekitar 3.26 petang.

Nahas itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori tangki air.

"Penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 31 tahun, disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian," menurut polis.

Pihak berkuasa menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sebuah motosikal yang rosak teruk tersadai di belakang sebuah lori tangki air berwarna biru.

Khemah polis juga boleh dilihat, sedang para penunggang motosikal lain membantu mengalihkan aliran trafik dari tempat kejadian.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan