Images
  • PIE accident
    Seorang lelaki 26 tahun maut dalam nahas di PIE, 6 Apr 2021. (Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)  

Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan lori di PIE, seorang pemandu diberkas

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah motosikal di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Lapangan Terbang Changi pada Selasa (6 Apr).

Khidmat kecemasan dimaklumkan tentang insiden dekat susur keluar Jurong Town Hall di PIE sekitar pukul 7.50 malam.

Penunggang motosikal itu ditemui terperangkap di bawah sebuah lori dan ditarik keluar menggunakan beg udara, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Penunggang motosikal itu disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik, menurut SCDF dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Para ahli paramedik juga memeriksa tiga orang lain yang cedera namun mereka enggan dibawa ke hospital.

Menurut polis, salah seorang pemandu lori yang berusia 41 tahun, ditangkap kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. Siasatan sedang dijalankan.

Satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan serpihan-serpihan bertaburan di jalan raya, dengan sebuah motosikal yang sudah terjatuh ke tepi dan sebuah lori yang remuk di bahagian depannya. Sebuah lagi lori kelihatan rosak.

Kesesakan teruk berlaku di ekspreswe itu, dengan para penunggang motosikal lain berhenti berdekatan kejadian tersebut. 

- CNA/NK/nk

Top