Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal maut dalam nahas 4 kereta di CTE, pemandu ditahan

Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Central (CTE) pada lewat malam semalam (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut dalam nahas 4 kereta di CTE, pemandu ditahan

(Gambar: Telegram/@SGRoad)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 06:46PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 06:49PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Central (CTE) pada lewat malam semalam (19 Apr).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan empat kereta dan sebuah motosikal di CTE menuju ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada sekitar 11.45 malam. Kemalangan itu berlaku sebelum susur keluar Braddell Road/Lorong Chuan.

Penunggang motosikal lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik, menurut polis. Pemboncengnya, seorang wanita 22 tahun, berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Seorang pemandu wanita berusia 31 tahun dibawa ke Hospital Besar Sengkang selepas kemalangan itu. Dia kemudian diberkas kerana "bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kematian".

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran kepada para pemandu agar mengelak lorong satu hingga lima.dalam satu catatan di Twitter pada sekitar jam 2.00 pagi Sabtu.

Gambar-gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan kesesakan jalan raya di AYE menyusuli kemalangan itu. Sekurang-kurangnya empat lorong ditutup di tempat kemalangan itu.

Siasatan polis masih lagi dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan