Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Ekspreswe Seletar

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan sebuah treler pada Isnin pagi (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Ekspreswe Seletar

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia digilis treler pada 16 Dis 2019 di SLE (Gambar: Telegram/SGRoad Blocks/Traffic News)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 02:01PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 02:05PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan sebuah treler pada Isnin pagi (16 Dis).

Kemalangan berlaku di Ekspreswe Seletar (SLE) dekat Upper Thomson Road, menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Satu rakaman video yang disebarkan di media sosial menunjukkan penunggang motosikal itu digilis lori tersebut. Satu rakaman lain menunjukkan keadaan selepas kejadian tersebut.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu pada sekitar 8.45 pagi. Penunggang motosikal berusia 45 tahun itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

Pihak polis mengatakan mereka maklum tentang video-video kemalangan yang disebarkan online dan menggesa orang awam agar tidak menyebarkannya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan