Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal dipenjara sebabkan kematian ibu kerana langgar lampu merah

Muzakkir Karim Mustaffa Kamal juga dilarang memandu semua jenis kenderaan selama empat tahun setelah dengan cuai menyebabkan kematian ibunya, Allahyarhamha Suraiya Abu Bakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal dipenjara sebabkan kematian ibu kerana langgar lampu merah

Petikan gambar persimpangan antara Tampines Avenue 7 dengan Tampines Street 34 dari Google Street View.

Diterbitkan : 25 Jan 2018 08:14PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 08:17PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu hari ini (25 Jan) kerana melanggar lampu merah dan merempuh sebuah kereta.

Perbuatannya itu menyebabkan kematian ibunya yang ketika itu membonceng motosikal.
Kemalangan tersebut berlaku pada 22 Januari 2017, sehari sebelum hari lahir ibunya yang ke-47.

Muzakkir Karim Mustaffa Kamal juga dilarang memandu semua jenis kenderaan selama empat tahun setelah dengan cuai menyebabkan kematian ibunya, Allahyarhamha Suraiya Abu Bakar.

Menurut dokumen mahkamah, kemalangan itu berlaku di persimpangan antara Tampines Street 34 dengan Tampines Avenue 7.

Motosikal Karim bertembung dengan kereta Lee Wenbin, 29 tahun, yang sedang membuat pusingan U dari arah bertentangan - di Tampines Avenue 7.

Seorang saksi mengesahkan bahawa isyarat lampu trafik, yang ketika itu merah dengan anak panah hijau untuk membelok ke kanan, adalah laluan untuk kereta Encik Lee.

Selepas kemalangan tersebut, ibu Karim dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Meskipun setelah menjalani pembedahan dan rawatan di unit jagaan rapi, keadaannya tidak bertambah baik dan Allahyarhamha disahkan meninggal dunia pada 2 Februari 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Jane Lim meminta agar Karim dikenakan denda $8,000 dan dilarang memandu selama lima tahun.

Dalam rayuannya, Karim berkata kemalangan itu ibarat "tamparan hebat" kepada keluarganya dan merayu agar diberikan hukuman minimum.

Karim boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau dikenakan denda kerana menyebabkan kematian. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan