Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal dikejarkan ke TTSH susuli kemalangan di PIE

Seorang penunggang motosikal dikejarkan ke hospital selepas berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) hari ini (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal dikejarkan ke TTSH susuli kemalangan di PIE

(Gambar: Jason Leong)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 03:44PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 08:06PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal dikejarkan ke hospital selepas berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) hari ini (12 Dis).

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal di PIE yang menghala ke Tuas dekat jalan susur keluar Stevens Road pada 8.30 pagi.

Lelaki itu berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Pengurus kewangan Jason Leong, 40 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa beliau sedang menaiki bas apabila ternampak kesesakan lalu lintas di laluan masuk PIE melalui Whitley Road.

"Saya ternampak seorang pak cik yang terjatuh dari motosikalnya dan muka serta tangannya berdarah," kata Encik Leong.

Sebuah kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga kelihatan di tempat kejadian, tambah beliau.

"Para pegawai turun dari kenderaan lalu bergegas membantu pak cik itu. Ada yang membantu dengan mengawal laluan trafik."

Dua kereta turut berhenti di lorong kecemasan, dan para penumpang dari kereta itu turut menghulurkan bantuan, kata Encik Leong.

Siasatan masih dijalankan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan