Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang basikal dipenjara 1 minggu langgar pejalan kaki yang kemudian maut

Seorang penunggang basikal melanggar seorang pejalan kaki sehingga maut selepas dia gagal memerhatikan lalu lintas semasa berbasikal di Sims Avenue.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang basikal dipenjara 1 minggu langgar pejalan kaki yang kemudian maut

Tempat kemalangan yang melibatkan warga Finland Salminen Toni Timo. (Gambar: Google Maps/ LinkedIn)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 12:49PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 12:51PM

SINGAPURA: Seorang penunggang basikal melanggar seorang pejalan kaki sehingga maut selepas dia gagal memerhatikan lalu lintas semasa berbasikal di Sims Avenue.

Atas tindakannya, Salminen Toni Timo dipenjara seminggu pada Khamis (10 Dis).

Lelaki warga Finland berusia 42 tahun itu mengaku bersalah bulan lalu kerana menyebabkan kematian Chew Fook Yew akibat tindakan lalai yang tidak setara kesalahan menyebabkan kematian dengan niat.

Chew yang berusia 53 tahun pada masa itu meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng lima hari selepas kemalangan itu.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Christopher Goh menarik perhatian bahawa daripada rakaman kamera polis, Chew melintas jalan raya "dari sudut arah umum trafik".

Hakim Daerah Goh juga menekankan bahawa mahkamah tidak boleh mengenakan larangan ke atas Timo kerana basikal tidak dikategorikan sebagai kenderaan bermotor di bawah Akta Trafik Jalan Raya.

Selepas mengkaji semula 240 kes kematian disebabkan tindakan lalai, hakim itu berkata hukuman denda dikenakan ke atas 8 peratus daripada kes saja.

Majoriti kes yang mengenakan hukuman denda melibatkan mangsa yang menyumbang besar kepada kematian mereka sendiri seperti melintas penghadang di pembahagi jalan raya.

Pesalah pernah didenda apabila mereka menyebabkan kematian anggota keluarga atau rakan mereka, tambah hakim tersebut.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan