Images
  • bas (1)
    Seorang penunggang basikal berusia 30 tahun dihantar ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan. (Gambar: Singapore Bus Drivers Community/Facebook)

Penunggang basikal cedera setelah terbabit dalam kemalangan dengan bas

SINGAPURA: Seorang penunggang basikal berusia 30 tahun dihantar ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas pada Isnin (7 Okt) di Sembawang.

Menurut polis, insiden itu berlaku di persimpangan Sembawang Way dengan Sembawang Drive.

Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tertiarap di jalan raya, dikelilingi orang awam dan seorang lelaki yang memakai jaket SMRT.

Penunggang basikal itu dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan masih lagi dijalankan.

Ini adalah kemalangan kedua dalam tempoh sekitar seminggu yang melibatkan seorang penunggang basikal. Pada 1 Okt, seorang pejalan kaki dilanggar oleh seorang penunggang basikal di persimpangan Sims Avenue dengan Geylang Lorong 33.

Pejalan kaki tersebut, Encik Chew Foook Yew, 53 tahun, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng di mana beliau menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepalanya.

Beliau kemudian berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada Ahad. 

- CNA/NA/na

Top