Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang dapat elak yuran lebih tinggi jika levi lapangan terbang dikenakan awal

Mengenakan levi bagi pembinaan Terminal 5 (T5) di Lapangan Terbang Changi dan projek Changi East sebelum kedua-duanya beroperasi sepenuhnya bermakna para penumpang dapat mengelakkan kenaikan yuran yang ketara pada masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang dapat elak yuran lebih tinggi jika levi lapangan terbang dikenakan awal

Laluan masuk dewan keberangkatan di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 01:11PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 01:14PM

SINGAPURA: Mengenakan levi bagi pembinaan Terminal 5 (T5) di Lapangan Terbang Changi dan projek Changi East sebelum kedua-duanya beroperasi sepenuhnya bermakna para penumpang dapat mengelakkan kenaikan yuran yang ketara pada masa akan datang.

Ini diterangkan oleh Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng di Parlimen hari ini (7 Mac).

Beliau mengulangi penjelasan itu bagi menerangkan mengapa Levi Pembangunan Lapangan Terbang (ADL) bernilai S$10.80 dikenakan ke atas semua pengunjung yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi muli 1 Julai ini.

Ini diumumkan minggu lalu (28 Feb) oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Semasa berucap di perbahasan bagi peruntukan kementeriannya hari ini, Encik Ng berkata Pemerintah membiayai sebahagian besar projek tersebut, iaitu lebih S$9 bilion daripada berpuluh-puluh bilion dolar yang diperlukan untuk membina bukan saja T5 tetapi juga landasan ketiga dan sistem-sistem yang akan membantu melancarkan pergerakan penumpang, bagasi dan kenderaan sokongan.

'Pengalaman Changi' membezakan Changi daripada lapangan terbang lain di merata dunia, kata Encik Ng. Meningkatkan kapasiti lapangan terbang jauh lebih awal akan dapat mengekalkan dan meningkatkan pengalaman tersebut.

Pada 2018, trafik Lapangan Terbang Changi diramal tumbuh antara 3.5 hingga 5.5 peratus. Dalam masa beberapa tahun akan datang pula, pertumbuhan trafik dijangka mencecah antara 3 dengan 4 peratus setiap tahun.

Changi East akan membolehkan Lapangan Terbang Changi untuk menampung tambahan 50 juta penumpang setiap tahun semasa fasa awalnya, naik 60 peratus berbanding kapasiti Changi buat masa ini dan lebih daripada keupayaan T2 dan T3 jika kedua-dua terminal ini digabungkan.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Zaqy Mohamad, Encik Ng berkata MOT pada awalnya menimbangkan untuk membezakan ADL berdasarkan jarak tetapi memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

TEKNOLOGI BARU PENERBANGAN

Encik Ng turut menyentuh tentang teknologi-teknologi baru yang akan digunakan dalam operasi lapangan terbang dan penggunaan dron bagi banyak bidang baru.

CAAS pula akan melancarkan Program Perubahan Penerbangan (ATP) bagi menggalak penggunaan teknologi baru seperti kenderaan tanpa pemandu, kecerdasan buatan dan realiti tambahan untuk mempertingkatkan operasi lapangan terbang.

ATP akan menumpukan perhatian kepada empat bidang: pengurusan trafik udara strategik, kelancaran operasi darat, keselamatan yang berkesan dan cekap serta pengalaman perjalanan premium.

Sedang trafik udara terus berkembang, CAAS akan memanfaatkan teknologi untuk mempertingkat keupayaan pengurusan trafik udara, kata Encik Ng. Di bawah Perancangan Perubahan Industri Pengangkutan Udara, sebanyak 4,700 pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020.

Kemajuan teknologi kedua paling penting dalam sektor pengangkutan udara adalah penggunaan dron, dedah Encik Ng.

Singapura akan menangani keprihatinan mengenai isu keselamatan sistem seumpama itu.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan