Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang cedera setelah pemandu bas SBS Transit tekan brek kecemasan; kes sedang siasat

Seorang penumpang bas SBS Transit (SBST) mengalami kecederaan pada Rabu (8 Sep) setelah pemandu bas tersebut menekan brek kecemasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang cedera setelah pemandu bas SBS Transit tekan brek kecemasan; kes sedang siasat

Gambar-gambar: Siah Hwan Ling/Facebook

Diterbitkan : 09 Sep 2021 07:29PM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 07:33PM

SINGAPURA: Seorang penumpang bas SBS Transit (SBST) mengalami kecederaan pada Rabu (8 Sep) setelah pemandu bas tersebut menekan brek kecemasan.

Pengendali pengangkutan awam itu mengeluarkan kenyataan pada Khamis yang menyatakan bahawa berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bas tersebut sedang melakukan perjalanan di North Bridge Road apabila sebuah kereta dari lorong bersebelahan tiba-tiba "memasuki lorong bas itu dan menggeser bahagian depan bas tersebut.

Menurut Naib Presiden Kanan Perhubungan Korporat SBST Cik Tammy Tan, kapten bas dengan serta-merta menekan brek kecemasan untuk mengelakkan kemalangan.

Penumpang berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Encik Siah, yang duduk betul-betul di tempat duduk pertama berhampiran pintu depan baru sahaja berdiri dari tempat duduknya sebagai persediaan untuk turun bas. Beliau kemudian hilang kawalan lalu tercampak ke hadapan, terang Cik Tan.

Menurut Cik Tan lagi, kapten bas dengan segera menghentikan bas lalu menghubungi pusat kawalan operasi yang kemudian memanggil ambulans yang membawa penumpang tersebut ke hospital.

Cik Tan menambah bahawa syarikat itu sedang berhubungan dengan keluarga Encik Siah dan sudah mengongsi rakaman CCTV berkenaan dengan pihak polis trafik yang sedang menyiasat insiden tersebut.

Pada Rabu, anak perempuan Encik Siah, Cik Siah Hwan Ling memuat naik catatan di Facebook untuk meminta para saksi tampil dan memberikan keterangan tentang insiden yang melibatkan bapanya itu.

"Kami sama sekali tidak mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu kerana kami hanya diberi sedikit maklumat... Kami hanya tahu pemandu bas telah menekan brek kecemasan yang mengakibatkannya jatuh dengan teruk. Tetapi kecederaan ini tidak seperti jatuh biasa," tulis beliau.

Pada pagi Khamis, Cik Siah mengemas kini catatannya dengan mengesahkan bahawa kemalangan tersebut berlaku sebelum perhentian bas Bugis Cube dan sebelum belok kiri ke Liang Seah Street.

"Tolong berikan saya lebih banyak maklumat kerana bas tidak sepatutnya dipandu begitu laju di lokasi tersebut kerana sudah dekat dengan lampu isyarat di mana ramai orang akan menyeberangi jalan raya itu. Brek kecemasan itu tidak sepatutnya menyebabkan kecederaan yang sebegitu teruk," kata beliau.

Pada tengah hari Khamis, Cik Siah mengemas kini catatannya sekali lagi dengan berkata bahawa bapanya sudah dipindahkan ke unit jagaan rapi menyusuli kemalangan tersebut yang menyebabkan pendarahan pada bahagian otak bapanya, pelbagai patah tulang dan paru-paru yang tertusuk.

Beliau sekali lagi menggesa lebih ramai saksi untuk tampil dan menyumbang gambar berhubung kemalangan tersebut. Mediacorp sudah menghubungi Cik Siah untuk mendapatkan komen.

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan