Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang boleh nikmati bas hibrid diesel, dengan sistem baru papar maklumat mulai bulan depan

Para penumpang kini boleh menikmati perjalanan lebih lancar dan mudah menyusuli beberapa peningkatan pada bas-bas awam baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2018 09:18PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 09:22PM

SINGAPURA: Para penumpang kini boleh menikmati perjalanan lebih lancar dan mudah menyusuli beberapa peningkatan pada bas-bas awam baru.

Ini boleh anda alami sendiri apabila anda menaiki salah satu daripada 50 bas hibrid diesel baru yang akan digunakan bulan depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat hari ini (26 Nov).

Pengumuman dalam bentuk audio antara ciri-ciri baru yang boleh dijangkakan para penumpang apabila Sistem Paparan Maklumat Penumpang yang dipertingkat (PIDS) digunakan. Ia akan dipasang di semua bas baru agar para penumpang dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat bagi empat perhentian bas seterusnya, maklumat mengenai pertukaran MRT dan LRT serta tanda isyarat apabila bas itu tiba di sebuah perhentian.

Ruang berkerusi roda juga diperluas dan boleh memuatkan sehingga dua berbanding satu kerusi roda sebelum ini. Besi pemegang pula kini diberi warna lebih terang bagi kemudahan para penumpang yang kurang daya penglihatan.

Bas-bas tersebut juga menggunakan enjin diesel serta motor elektrik. Baterinya boleh dicas secara automatik oleh enjin dieselnya apabila brek ditekan.

Hasilnya, perjalanan bas akan lebih senyap dan lancar, selain mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Bas-bas itu dihasilkan oleh Volvo East Asia setelah memenangi tender LTA bernilai S$30 juta pada Oktober tahun lalu. Ia akan digunakan oleh SBS Transit dan SMRT.  

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan